Pekerja reban ayam didakwa membunuh

Hebahkan !!!

Pekerja reban ayam didakwa membunuh

Pekerja reban ayam didakwa membunuh

KOTA BHARU: Seorang pekerja reban ayam didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sulaiman Yaacob, 22, ketika pertuduhan terhadapnya di bacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga warganegara Thailand didakwa membunuh Mohd Daiylamien Mohd Ashari, 38, di sebuah reban ayam di belakang sebuah rumah di Kampung Che Arus, Kok Lanas, di sini, jam 11.30 malam hingga 11.46 malam pada 19 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin yang memohon tarikh untuk serah dokumen dan sebutan semula kes manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang penjaga reban ayam menikam seorang lelaki sehingga mati selepas mangsa terpijak kepalanya ketika sedang tidur di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas, di sini, 19 Mei lalu.

Suspek warga Thailand dikenali sebagai Man Siam, melarikan diri selepas kejadian itu tetapi berjaya ditahan ketika bersembunyi di dalam semak berdekatan lokasi kejadian pada 20 Mei lalu.

Pekerja reban ayam didakwa membunuh


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


IBU NEELOFA DIPANGGIL POLIS UNTUK BERI KETERANGAN

Leave a Reply