Penutupan sektor ekonomi jejas keperluan industri

Hebahkan !!!

Penutupan sektor ekonomi jejas keperluan industri

Penutupan sektor ekonomi jejas keperluan industri

KUALA LUMPUR: Penutupan sektor ekonomi walaupun untuk jangka masa pendek bukan hanya menjejaskan bekalan keperluan industri di Malaysia, malah turut membabitkan rantaian di seluruh dunia.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, perkembangan terbabit terutama dalam keadaan pandemik COVID-19 yang mencabar juga akan memberi kesan jangka panjang kepada Malaysia.

“COVID-19 turut akan memberi kesan jangka panjang di mana perdagangan dan pelaburan beralih dari Malaysia, malah ia juga menjejaskan daya saing negara dalam rantaian nilai global,” katanya.

Namun, Kementerian Kewangan menjelaskan, pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai senarai sektor yang berkaitan dibenarkan beroperasi selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bagi tempoh 1 hingga 14 Jun 2021 sangat penting untuk mencegah kegagalan rantaian bekalan bagi produk dan perkhidmatan yang perlu, bagi menjaga kesejahteraan rakyat.

“Walaupun ada keperluan untuk mengawal COVID-19 secara cekap, terdapat juga keperluan untuk mencegah gangguan terhadap rantaian nilai sektor pembuatan.

“Ini kerana, ia mampu mengancam pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang berterusan untuk industri-industri penting seperti makanan, penjagaan kesihatan/peralatan perubatan, farmaseutikal, sabun dan bahan pencuci dan telekomunikasi,” katanya.

Menurut Kementerian Kewangan, berasaskan pengajaran daripada PKP 1.0, kerajaan juga akan membenarkan rantaian nilai barang keperluan, seperti pembungkusan dan pelabelan, untuk beroperasi.

Katanya, rantaian bekalan adalah ekosistem yang kompleks yang terdiri daripada sumber manusia, proses, operasi, teknologi dan maklumat yang menghubungkan pengeluar dan pembeli melalui rangkaian entiti dan sumber yang berkaitan.

“Untuk berfungsi dengan lancar, semua elemen di dalam ekosistem ini perlu bergerak seiring untuk memastikan kecekapan,” katanya.

Penutupan sektor ekonomi jejas keperluan industri


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Jual tudung Palestin, cara Che Ta perbanyakkan derma

Leave a Reply