Pelakon Tarzan antara 7 maut dalam nahas pesawat di AS

Hebahkan !!!

Pelakon Tarzan antara 7 maut dalam nahas pesawat di AS

Pelakon Tarzan antara 7 maut dalam nahas pesawat di AS

WASHINGTON: Semua tujuh penumpang termasuk pelakon Tarzan, Joe Lara dan isterinya, Gwen Shamblin Lara, dipercayai maut selepas pesawat kecil mereka terhempas di sebuah tasik.

Menurut pihak berkuasa, nahas berlaku berhampiran bandar Nashville di Amerika Syarikat (AS) sekitar jam 11 pagi waktu tempatan Sabtu lalu.

Pesawat kecil itu terhempas sejurus berlepas dari Smyrna, sebuah lapangan terbang di Tennessee, menuju Palm Beach, Florida, kata Rutherford County Fire & Rescue (RCFR) di Facebook.

Pesawat menjunam ke Percy Priest Lake, kira-kira 19 kilometer di selatan Nashville dan Persekutuan Pentadbiran Penerbangan mengesahkan tujuh individu menaiki pesawat itu, lapor CNN.

Sejak Sabtu malam, operasi beralih dari usaha mencari dan menyelamat kepada kerja-kerja pencarian, kata komander operasi nahas RCFR, Kapten Joshua Sanders pada sidang media.

“Kami tidak lagi berupaya untuk (mencari) mangsa hidup ketika ini, tumpuan kami sekarang adalah kerja pencarian di lokasi kemalangan,” katanya.

Petang semalam, RCFR memaklumkan di Facebook, operasi pencarian berjaya menemui beberapa komponen pesawat dan mayat di sebuah kawasan berdekatan.

Lara mula membintangi filem ‘Tarzan in Manhattan’ pada 1989 seterusnya The Epic Adventures’ antara 1996 hingga 1997. – AFP.

Pelakon Tarzan antara 7 maut dalam nahas pesawat di AS


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


IBU NEELOFA MOHON MAAF, ISU ‘PERTIKAI’ SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN – BUAT LAPORAN POLIS

Leave a Reply