Resepi Sulur Keladi Masak Asam Rebus

Hebahkan !!!

Resepi Sulur Keladi Masak Asam Rebus Masakan Kampung Terbaik

Resepi Sulur Keladi Masak Asam Rebus Masakan Kampung Terbaik

Resepi Sulur Keladi, mesti ramai yang berasa pelik, tapi kalau golongan mak-mak kita ni, memang tak berasa pelik, cuma kita yang generasi muda yang pelik duk tertanya-tanya. Rupanya Sulur Keladi memang dah semakin dilupakan oleh generasi muda zaman sekarang. Sayur tersebut hanya terdapat di pasr-pasar kampung sahaja.

Sebenarnya resepi sulur keladi ni, adalah kegemaran mak dan adik Cikza, cuma Cikza jarang masak sebab suah nak dapatkan di pasar-pasar kat area rumah Cikza, cuma setiap kali balik kampung sahaja dapat merasa sayur-sayur kampung yang fresh tau. Pertama kali nak masak sulur keladi ni, memang payah sebab nak kena bersihkan kulit tu dulu untuk elak gatal kat tekak.

Bahan-Bahan ( Utama ) 

  • 2 ikat Sulur Keladi ( di bersihkan kulitnya )
  • Air Asam Jawa
  • Kunyit
  • Garam

Bahan – Bahan ( Kisar Lumat ) 

  • 4 tangkai Cili Merah
  • 1 ulas Bawang Besar
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 5 ekor ikan bilis

Cara Penyediaan 

  • Rebus Sulur Keladi separuh masak untuk membuang miang-miang keladi yang ada, takut nanti bila kita jamah akan jadi gatal pada tekak. Dah didih buang air tersebut.
  • Campurkan kesemua bahan kisar lumat tadi, termasuk garam, kunyit, air asam jawa, didihkan sehingga sulur keladi empuk dan masak.
  • Setelah didih dan hidang panas bersama nasi panas.

Tips Dapur Cikza 

  • Sayur batang keladi, atau yang berkaitan dengan keladi, wajiblah di rebus terlebih dahulu untuk nyah-nyah kuman-kuman gatal yang penyebab gatal kat tekak nanti. kebiasaan itulah cara nak hilangkan lendir gatal kat batang keladi atau sulur keladi.
  • Jika mereka yang gemarkan pedas, boleh kisar bersama cili api kampung, dah tentu pedas menyengat,

Resepi Sulur Keladi Masak Asam Rebus Masakan Kampung Terbaik


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Cari punca kebakaran KM Karya Indah

Leave a Reply