Jual tudung Palestin, cara Che Ta perbanyakkan derma

Hebahkan !!!

Jual tudung Palestin, cara Che Ta perbanyakkan derma

Jual tudung Palestin, cara Che Ta perbanyakkan derma

PETALING JAYA – Selebriti popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta tampil mempertahankan diri selepas dituduh segelintir netizen mengeksploitasi keperitan hidup rakyat Palestin dengan menjual jenama tudung bercorak bendera negara tersebut.

Che Ta atau nama lengkapnya, Rozita Abu Bakar, 48, berkata, dia tidak tergamak untuk mendapatkan keuntungan daripada kesusahan rakyat Palestin yang maruah mereka terus dipijak-pijak rejim Zionis.

Ujarnya, sebahagian daripada hasil jualan rekaan tudung itu akan disalurkan kepada rakyat Palestin yang sangat-sangat memerlukan bantuan bukan sahaja daripada dirinya bahkan seluruh umat Islam di dunia.

“Melihatkan keadaan Palestin membuatkan saya berguguran air mata. Selain daripada menderma, inilah cara yang saya rasa dapat meningkatkan jumlah derma terhadap mereka.

Jual tudung Palestin, cara Che Ta perbanyakkan derma

“Kami tolak kos pembungkusan kotak, kain dan upah jahit. Kenapa saya nak ambil kesempatan pula? Kalau orang beli tudung ini, mereka pun kira membantu juga. Ini cara saya untuk menderma dengan jumlah yang besar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online semalam.

Suara-suara sumbang

Diminta memberi sedikit komen tentang suara-suara sumbang yang sengaja mencari khilafnya dengan mengatakan dirinya oportunis, jawab isteri kepada Zain Saidin itu: “Manusia ada yang husnuzon dan ada hati busuk. Tak kisahlah, janji Allah tahu apa yang kita buat. Kalau betul-betul niat nak membantu, Insya-Allah, Dia akan permudahkan urusan kita.

“Yang mulut-mulut jahat itu, abaikan sahaja. Tiada maknanya saya nak ambil kesempatan nak jadi lebih kaya. Gilakah apa! Ada orang derma, menunjuk-nunjuk jumlah wang, saya tak macam itu. Niat saya ikhlas memang nak membantu rakyat Palestin yang berada dalam kesusahan.”

Che Ta menjalin kolaborasi dengan rakan kongsi, Ashh & Annas melancarkan tudung edisi khas, Palestine Edition yang berharga RM89.90 sehelai.

Sebelum ini, pelakon Elfira Loy turut melancarkan tudung edisi khas bercorak bendera Palestin bawah kempen AZ PALOVESTINE. Bagaimanapun, Elfira mendedahkan, semua hasil keuntungan jualan kolaborasi dengan jenama tudung terkenal Ameera Zaini itu disalurkan kepada rakyat negara tersebut. – K! ONLINE

Jual tudung Palestin, cara Che Ta perbanyakkan derma

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Resepi Sulur Keladi Masak Asam Rebus

Leave a Reply