GENAP 48 TAHUN PEMERGIAN TAN SRI P. RAMLEE

Hebahkan !!!

GENAP 48 TAHUN PEMERGIAN TAN SRI P. RAMLEE

TAN SRI P. RAMLEE

Hari ini tanggal 29 Mei, genap 48 tahun Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pergi meninggalkan kita. Namun, setiap karyanya masih relevan, evergreen dan masih disukai tak kiralah golongan tua atau muda.

“22/03/1929-29/05/1973. Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh. 48 tahun pemergian Allahyarham P.Ramlee masih di ingati dan masih dalam kenangan.

“Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan disisi hambanya yang soleh.. Insya-Allah Aamiinnn… Al Fatihah…,” demikian tulis anak angkat Allahyarham P. Ramlee iaitu pelakon Dian P. Ramlee menerusi laman Instagram.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929. Sekiranya P. Ramlee masih hidup, usia Seniman Agung itu genap 92 tahun. Al-Fatihah.

Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh (Tulisan Jawi: تاوكو زكريا بن تاوكو ڽق ڤوتیه;‎ 22 Mac 1929 – 29 Mei 1973), lebih dikenali sebagai P. Ramlee, merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu berbangsa Melayu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga digelar sebagai Seniman Agung Negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.

Beliau dilahirkan pada 22 Mac 1929, iaitu selepas khutbah selesai pada pagi Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang. Beliau adalah anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902 – 1955) dan Che Mah Hussein (1904 – 1967). Sebelum Che Mah melahirkannya, Che Mah telah mengadu sakit perut pada sebelah paginya. Tetapi, bapanya harus menunaikan sembahyang raya. Mujurlah ibu Che Mah tinggal bersama-sama dengannya. Ibu Che Mah telah memanggil bidan dan orang ramai mula berkumpul di rumah mereka. Selepas pulang daripada menunaikan solat, Teuku Nyak Puteh mendapati anaknya telah selamat dilahirkan. Ibu Che Mah telah memanggil cucunya dengan panggilan “Ramlee” kerana kesukaran memanggil nama “Teuku Zakaria”.

TAN SRI P. RAMLEE


Leave a Reply