Cari punca kebakaran KM Karya Indah

Hebahkan !!!

Cari punca kebakaran KM Karya Indah

Cari punca kebakaran KM Karya Indah

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia sedang menyiasat prosedur pelayaran kapal KM Karya Indah yang mengalami kebakaran di tengah lautan Maluku Utara.

Wakil pihak berkuasa, Syarif Abdullah Alkadrie berkata, pihaknya belum dapat laporan tetapi siasatan akan menjurus kapasiti penumpang atau sebarang pelanggaran prosedur pelayarannya.

Menurutnya, siasatan juga akan tertumpu kepada kapal berkenaan berada dalam kondisi baik atau tidak ketika belayar, atau memang kebakaran itu berpunca daripada kesalahan manusia.

Atau (ada) memuat bahan yang boleh menyebabkan kebakaran. Kalau ada unsur-unsur itu, saya minta diambil tindakan tegas,” ujarnya.

Semalam, KM Karya Indah mengalami kebakaran di tengah lautan dan seramai 181 penumpang serta 14 anak kapal berjaya diselamatkan.

Ketua KSOP II Ternate Affan Tabona berkata, proses menyelamat kesemua penumpang dan anak kapal sudah selesai sepenuhnya.

Menurutnya, KM Karya Indah pula sudah ditarik ke pulau berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

Affan berkata, KM Karya Indah tiba-tiba mengalami kebakaran ketika dalam perjalanan dari Pelabuhan Ternate menuju Pelabuhan Sanana.

“Belum diketahui punca terbakarnya kapal berkenaan,” katanya.

Cari punca kebakaran KM Karya Indah


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online



Biodata Artis Fizo Omar. Profail dan Latar Belakang.

Leave a Reply