Resepi Cheesecake Brownies

Hebahkan !!!

Resepi Cheesecake Brownies

Resepi Cheesecake Brownies

  • Masa Penyediaan: 50 minit,
  • Masa Memasak:40-45 minit,
  • Jumlah Hidangan:6 orang

Cheesecake brownies yang fudgy dan rich rasanya, moist, penuh dengan rasa coklat dan cheese. Sedap, yang ini memang favourite che nom dan pernah share kat website dulu. Siapa yang suka brownies dan suka cheese, boleh cuba buat cheese brownies ini.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk lapisan brownies:
    • 115g dark chocolate
    • 113g / ½ cawan unsalted butter
    • 150g /¾ cawan gula perang
    • 2 biji telur
    • ¼ sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil ekstract vanila
    • 63g / ½ cawan tepung gandum
  • Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
    • 225g / 1 cawan cream cheese
    • 50g / ¼ cawan gula kastor
    • 1 biji telur
    • 1 sudu kecil ekstract vanila

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk lapisan brownies:
    1. Cairkan dark chocolate dan unsalted butter menggunakan kaedah “double boil”, iaitu panaskan air didalam periuk dan letak mangkuk diatasnya lalu masukkan kedua bahan didalamnya sehingga cair.
    2. Adunan coklat yang dicairkan tunggu sehingga sejuk lalu masukkan gula perang dan kacau selama 1-2 minit.
    3. Masukkan telur kedalam adunan telur dan kacau sebati.
    4. Kemudian, masukkan sedikit garam, esen/ekstrak vanilla dan tepung gandum. Tepung dimasukkan sedikit demi sedikit dan kacau.
  2. Cara-cara untuk lapisan cheese:
    1. Masukkan cheese dan tekan cheese yang berketul sehingga lembut.
    2. Masukkan gula kastor dan telur lalu kacau kesemuanya hingga sebati.
    3. Tambah esen/esktrak vanilla dan sambung kacau hingga 2-3 minit lagi.
  3. Cara-cara untuk cheesecake brownies:
    1. Griskan loyang dengan majerin atau mentega lalu lapik menggunakan kertas baking.
    2. Tuang adunan brownies kedalam loyang dan simpan 1 senduk adunan untuk taburan akhir.
    3. Kemudian, masukkan pula krim keju di atas adunan krim keju sebagai lapisan atas lalu tuang baki adunan brownies atau coklat tanpa tenggelamkan lapisan krim keju.
    4. Guna lidi/chopstick/sudu untuk bentukkan corak swirl diatas lapisan atas mengikut kreativiti masing-masing.
    5. Bakar brownies dalam anggaran suhu 160˚C, 20-30 minit. Tambah lebih masa seperti 5-10 minit jika brownies tidak masa ditengahnya.
    6. Keluarkan brownies dan biarkan sejuk seketika dan potong cheesecake brownies.

Tips:

  • Gula perang yang dimasukkan dalam adunan coklat tidak perlu cair sepenuhnya.
  • Untuk lapisan krim keju diatas adunan coklat, jangan letakkan adunan krim keju terlalu banyak bagi menggelakkan adunan tenggelam. Boleh juga menggunakan ‘piping bag’ bagi mudah meletakkan adunan krim keju.
  • Untuk mengetahui cheesecake brownies sudah siap dimasak, cucuk menggunakan lidi dan akan kelihatan basah dihujungnya.
  • Rendam pisau dengan air panas dan lap bersih pisau bagi setiap kali potongan brownies.

Resepi Oleh: Che’ Nom


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Resepi Cucur Udang

Leave a Reply