Real Madrid sahkan Zidane letak jawatan

Hebahkan !!!

Real Madrid sahkan Zidane letak jawatan

Real Madrid sahkan Zidane letak jawatan

MADRID: Zinedine Zidane meletak jawatan pengurus Real Madrid serta merta, kata kelab Sepanyol itu sebentar tadi, hanya beberapa hari selepas mereka kalah dalam perebutan gelaran La Liga di tangan Atletico Madrid.

“Sudah tiba masanya untuk menghormati keputusan dibuatnya dan menunjukkan penghargaan terhadap tahap profesional, dedikasi dan kesungguhannya sejak bertahun lalu,” kata Real Madrid dalam satu kenyataan di laman sesawangnya.

“Zidane adalah seorang daripada yang terhebat di Real Madrid dan status legenda dimilikinya melebihi peranannya sebagai jurulatih dan pemain di kelab kami.”

Pemergian pengendali dari Perancis itu hadir pada penamat kempen yang mengecewakan buat juara Eropah 13 kali itu.

Mereka tewas pada separuh akhir Liga Juara-Juara kepada Chelsea selain gagal memenangi sebarang trofi buat pertama kali dalam 11 musim. – AFP

Real Madrid sahkan Zidane letak jawatan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Itali belasah San Marino

Leave a Reply