Itali belasah San Marino

Hebahkan !!!

Itali belasah San Marino

Itali belasah San Marino

CAGLIARI: Itali memulakan persiapan Euro 2020 dengan bergaya selepas berkenduri gol dengan membelasah San Marino 7-0.

Pasukan kendalian Roberto Mancini yang diletakkan antara pasukan pilihan bagi saingan kali ini seperti dijangka tidak berdepan masalah ketika menentang negara jiran itu.

Kesebelasan utama yang berlandaskan eksperimen dilakukan dalam membentuk skuad 26 pemain terakhir untuk Euro di mana Mancini perlu membuat keputusan 1 Jun ini.

Selepas bermula agak perlahan, Federico Bernadeshchi meletakkan Azzurri di depan pada minit ke-31 dan selepas itu Gian Marco Ferrari menambah lagi gol buat Itali.

Matteo Politano menghukum kesilapan barisan pertahanan lawan untuk menjaringkan gol ketiga, tiga minit selepas rehat, sebelum Andrea Belotti mengukuhkan kedudukan Itali dengan jaringan keempat di minit ke-67.

Skuad eksperimen Mancini terus menambah gol apabila Matteo Pessina turut meledak gol sulung di peringkat antarabangsa sebelum Politano menjadikan kedudukan 6-0.

Pessina kemudian meledak gol kedua peribadi ketika aksi berbaki dua minit selepas menerima hantaran dari Bernardeschi. – AFP

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Don’t give ‘veto powers’ to Azmin over essential services list, says Najib

Leave a Reply