Biodata Artis Zara Zya. Profail dan Latar Belakang

Hebahkan !!!

Biodata Artis Zara Zya

Biodata Artis Zara Zya. Profail dan Latar Belakang Zara Zya atau nama penuh nya Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin. Zara Zya dilahirkan pada  22 Oktober 1985 merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi drama Love You Mr. Arrogant yang digandingkan bersama Azlee Khairi

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 22 Oktober 1985 sebagai Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin di Lenggong, Perak. Zara mendapat pendidikan dalam bidang Teater daripada Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA). Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 beradik.

Kerjaya

Zara sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam bidang lakonan, namun begitu beliau tidak memegang watak utama yang menyerlah seperti pelakon-pelakon seangkatan dengannya, Zara pernah menyertai Dewi Remaja pada 2005. Sebelum itu, beliau pernah berlakon dalam Drama Versi VCD pada tahun 2003 yang bertajuk HISTERIA dengan memegang watak sebagai Aminah, Pelajar kelas Sains Kimia yang telah lama meninggal dunia akibat letupan di makmal sains, Arwahnya bergentayangan.Kemudian Beliau berpeluang membawa watak utama dalam drama Love You Mr. Arrogant yang diadaptasi daripada novel judul sama hasil karya Aliesha Kirana. Drama ini disiarkan melalui Slot Akasia di TV3. Hasil drama arahan Eoon Shuhaini ini telah mencatatkan 4.6 juta penonton.

Populariti Zara meningkat naik apabila beliau memenangi banyak anugerah melalui Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Drama Festival KL dan ABPBH 2012. Semenjak itu, ramai yang membuka mata terhadap kemampuannya dan membolehkan Zara mendapat pelbagai tawaran daripada pelbagai produksi drama dan filem. Selain aktif dalam bidang lakonan, Zara Zya juga aktif dalam menjalankan perniagaan tudung, biskut dan sambal yang boleh dibeli dalam talian melalui kaun instagramnya. Zara Zya juga mempunyai kelab peminat yang ditubuhkan oleh peminat-peminatnya iaitu Love Zara Zya FC.

Pada tahun 2017, Zara muncul dalam drama berjudul Kerana Anisa yang disiarkan dalam Slot Samarinda di TV3. Beliau memegang watak utama, digandingkan dengan Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad dan Sura Sojangi serta artis terkenal yang lain. Pada 11 Mac 2017, Zara muncul dalam telefilem sempena Drama Festival Kuala Lumpur bertajuk Trauma; memegang watak sebagai Haneem. Telefilem ini juga dibintangi oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Idris Khan dan Dayana Roza dan disiarkan di TV3.

Kehidupan peribadi

Pada April 2018, Zara menjalin hubungan dengan pelakon Hafreez Adam dan beliau tidak melihat jarak usia sebagai penghalang. Pada 12 Oktober 2019, Zara dan Hafreez mengikat tali pertunangan dan merancang untuk bernikah pada 2020.

Zara dan Hafreez mengumumkan telah memutuskan pertunangan mereka selepas sebulan.

Pada tahun 2020, beliau mula bertudung.

Di waktu lapang, Zara mempunyai hobi membela kucing.

Biodata Artis Zara Zya

Zara Zya
Kelahiran
Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin

22 Oktober 1985 (umur 35)

Lenggong, Perak, Malaysia
Pusat pendidikan Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA)
Pekerjaan Pelakon, pengacara, model, penyanyi
Tahun aktif 2010–kini

FOTO

Biodata Artis Zara Zya. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Zara Zya

Biodata Artis Zara Zya. Profail dan Latar Belakang


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Biodata Mawar Karim. Profail dan Latar Belakang

Leave a Reply