Total lockdown mulai 1 Jun di seluruh negara

Hebahkan !!!

Total lockdown mulai 1 Jun di seluruh negara

Total lockdown mulai 1 Jun di seluruh negara

PETALING JAYA: Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau “total lockdown” Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Dalam kenyataan, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

“Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

2,552 orang telah meninggal dunia

Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat.

“Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini.

“Dengan peningkatan kes-kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19 juga semakin terhad,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa ‘total lockdown’ berkenaan akan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula 1 hingga 14 Jun.

Jelasnya, sekiranya ‘lockdown’ fasa pertama berjaya mengurangkan kes-kes harian Covid-19, kerajaan akan melaksanakan ‘lockdown’ fasa kedua yang membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

‘Lockdown’ fasa kedua

‘Lockdown’ fasa kedua itu dijangka akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas fasa pertama berakhir.

Hanya setelah fasa kedua selama empat minggu itu berakhir, kerajaan akan kembali menguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) seperti yang dilaksanakan ketika ini, di mana aktiviti sosial masih tidak dibenarkan meski hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mengikut SOP.

“Walau bagaimanapun, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Penilaian akan dibuat berdasarkan perkembangan kes-kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19,” katanya.

Total lockdown mulai 1 Jun di seluruh negara


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Laksa Johor Yang Sedap

Leave a Reply