Resepi Biskut Cornflakes Madu

Hebahkan !!!

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Resepi Biskut Cornflakes Madu

  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:15 minit,
  • Jumlah Hidangan:60

Resepi kuih raya yang paling mudah, cepat dan sedap. Menggunakan Cornflakes dan madu sebagai bahan asas. Resepi Biskut Cornflakes yang sangat sedap. Teksturnya adalah rangup di luar dan sedikit lembut seperti kek di dalam. Anak-anak pasti menggemarinya di hari raya.

Bahan-Bahan:

  • 5 cawan Cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau taburan manik, untuk hiasan
  • paper cup, secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

Resepi Oleh: Che’ Nom

Resepi Biskut Cornflakes Madu


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


‘Serangan Israel di Gaza mungkin jenayah perang’

 

Leave a Reply