Laksa Johor Yang Sedap

Hebahkan !!!

Laksa Johor Yang Sedap

Laksa Johor Yang Sedap

Saya memang cukup gemar membaca dan mengikuti blog Kak Jee kerana beliau sangat ikhlas dalam perkongsian resepinya. Maklumlah tidak ramai orang yang berniaga mahu berkongsi resepi yang diguna dalam bisness mereka. Tapi tidak dengan Kak Jee. Saya akan membaca setiap baris dan perenggan dalam setiap entri yang ditulis. Resepi sekarang memang banyak terdapat bila di google lebih lebih lagi sejak kemunculan blog bagai cendawan tumbuh selepas hujan tapi agak susah untuk mencari “tested” resepi yang diguna untuk berniaga dan kalau boleh, resepi turun temurun.

Laksa Johor Yang Sedap

Seronok membaca entri Kak Jee berkenaan entri laksa Johor ini yang digunakan untuk berniaga. Saya cuba untuk menghiris timun mengikut cara orang Johor tapi tak berjaya sebab ianya asyik terputus sahaja. Begitu juga orang Johor akan menyimpul spaghetti untuk mudah dihidangkan. Yang ni pun, memang tak belajar lagi. Memang betul la, menyediakan laksa Johor tak lah susah tapi renyah. Banyak bahan yang perlu disediakan.
Jom layan resepi Kak Jee di bawah ini….
Laksa Johor Yang Sedap
Laksa Johor
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 paket spaghetti – makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:

5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam:

Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Cara cara:

Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
Laksa Johor Yang Sedap
Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan  kepekatan yang disukai.

Spaghetti:

Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga  hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.
Laksa Johor Yang Sedap

Ulam ulam:

Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh.

Sambal belacan:

Cili kering – rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang;

Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.
Laksa Johor Yang Sedap

Laksa Johor Yang Sedap

Leave a Reply