Resipi Tepung Pelita – Datin Paduka Eina Azman.

Hebahkan !!!

 

Resipi Tepung Pelita - Datin Paduka Eina Azman.

Resipi Tepung Pelita – Datin Paduka Eina Azman.

Alahai, kecur tengok air tangan Datin Paduka Eina Azman. Apa sahaja juadah yang disediakan selebriti cantik ini bukan sahaja membuatkan peminat terliur malah perkongsian resipi beliau sangat mudah untuk dihasilkan. Jadi tidak hairanlah laman Instagram Datin Paduka Eina sering ‘dikunjungi’ peminat setiap hari. Rupa-rupanya ia menjadi medan rujukan masakan buat para suri rumah. Lebih-lebih lagi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan sekarang.

Terbaru, ibu kepada pasangan kembar Arianna Audrey dan Karl Kareef ini memuatnaik resipi kuih paling popular ketika musim bazar Ramadan iaitu tepung pelita. Menyedari orang ramai mungkin sukar untuk mendapatkan kuih tradisi tersebut memandangkan tiada penganjuran bazar Ramadan tahun ini ekoran wabak covid-19, Datin Paduka Eina terpanggil untuk berkongsi resipi.

Berikut resipi tepung pelita Datin Paduka Eina Azman. Selamat mencuba!

a) Bahan-bahan lapisan pandan (hijau)

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan air daun pandan
  • Air
  • Pewarna hijau
  • Perasa pandan
  • 1 cawan gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit air kapur

b) Bahan-bahan lapisan putih

  • 4 sudu tepung beras
  • 2 cawan santan
  • Garam
  • Gula

Cara-caranya masukkan tepung beras, diikuti air daun pandan.

Tuang air ke dalam adunan bersama pewarna hijau. kacau dan kemudian masukkan perasa pandan serta gula. Kurangkan kuantiti gula jika tidak mahu manis.

Seterusnya masukkan sedikit garam dan air kapur. kacau hingga pekat. Di dalam bekas kukusan, tabur sedikit gula.

Tapis air bancuhan tadi dan kukus. Sementara itu, sediakan bahan lapisan seterusnya dengan memasukkan tepung beras, santan, sedikit garam dan gula. kacau hingga pekat.

Tapis dan tuangkan ke dalam bekas berisi adunan pandan tadi. Kukus lagi 10 minit.

Siap untuk dihidang.

Resipi Tepung Pelita – Datin Paduka Eina Azman.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Biodata Artis Eina Azman : Profail, Latar Belakang.


Leave a Reply