Pertubuhan dayak selar kenyataan Ryzal Ibrahim

Hebahkan !!!

Pertubuhan dayak selar kenyataan Ryzal Ibrahim

Pertubuhan dayak selar kenyataan Ryzal Ibrahim

KUCHING: Pertubuhan-pertubuhan Dayak Sarawak menyelar tindakan selebriti Instagram Ryzal Duriankimchi (Ryzal Ibrahim) yang mempersendakan pakaian tradisional wanita Iban iaitu Ngepan.

EXCO Hal-Ehwal Kesenian dan Kebudayaan Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS), Malvina Albert Klinsing, berkata tindakan itu adalah penghinaan terhadap pakaian tradisional Iban.

“Tindakan itu bukan sahaja mempersenda dan menghina masyarakat Iban terutama wanita Iban, malah menyinggung perasaan kaum Iban kerana kami amat menghormati Ngepan yang biasanya digunakan pada majlis-majlis rasmi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, cara pemakaian Ngepan biasanya mempunyai maksud tertentu bagi setiap lapis kain dan perhiasan yang dikenakan. Pemakaian Ngepan secara sesuka hati boleh memberi kesan negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat Iban sendiri dan cara pemakaian salah boleh menyebabkan pemakainya dipandang serong.

Pertubuhan Transformasi Dayak (TRADA) turut mengecam keras tindakan Ryzal itu, dengan menyifatkan walaupun Ryzal sudah membuat kenyataan permohonan maaf secara bertulis dan video ‘live’, beliau harus lebih bertanggungjawab dan menerima akibatnya.

Justeru, Presiden TRADA Joseph Ninting Janting mendesak agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia campur tangan dalam kes ini.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Kelab Kesenian dan Kebudayaan Dayak Sarawak (KEMADA) hari ini membuat laporan polis terhadap selebriti Ryzal Ibrahim yang dikatakan mempersenda pakaian tradisional wanita Iban.

Laporan polis

Laporan polis itu dibuat pengerusi kelab itu Jackery Hillary Chukan bersama lima ahli lain yang lengkap berpakaian tradisi pahlawan Iban pada tengah hari tadi di Balai Polis Lanang di sini.

Jackery berkata laporan polis itu dibuat bagi meminta siasatan dijalankan terhadap Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim kerana dikatakan tidak sensitif dengan budaya kaum lain menerusi video yang dimuat naik menerusi media sosialnya.

“Komen-komen seperti itu menghina pakaian tradisional kami orang Iban. Kami tidak dapat menerima permohonan maaf yang beliau muat naik di media sosialnya,” katanya kepada pemberita.

Sebaliknya, beliau berkata kelab itu mahu Ryzal membuat kenyataan secara terbuka memohon maaf kerana menghina dan mempersenda pakaian tradisional masyarakat Iban.

Di dalam video itu yang dimuat naik menerusi akaun Instagram, Ryzal dilihat sedang bergurau dengan isterinya, Maryam You Narae yang memakai pakaian tradisional Iban.

Tindakan Ryzal itu mengundang kecaman netizen yang menganggap beliau tidak sensitif dan tidak menghormati masyarakat Iban.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media bersama, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sibu juga menyatakan rasa kesal dengan tindakan Ryzal itu.

Menurut Pengerusi SDNU Chambai Lindong, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya rakyatnya yang berbilang kaum dan setiap pakaian tradisi menjadi identiti kepada setiap kaum yang ada.

“Oleh demikian, setiap rakyat di negara ini bukan hanya harus saling menghormati antara satu sama lain tetapi turut menghormati kebudayaan dan tradisi masing-masing,” katanya sambil menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Ryzal.

Pertubuhan dayak selar kenyataan Ryzal Ibrahim


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Resipi Tepung Pelita – Datin Paduka Eina Azman.


Leave a Reply