Biodata Artis Eina Azman : Profail, Latar Belakang.

Hebahkan !!!

Biodata Artis Eina Azman

Biodata Artis Eina Azman : Profail, Latar Belakang.

Berikut adalah Latar Belakang Artis Eina Azman atau Nama Penuhnya Datin Paduka Ainur Syakina “Eina” Azman. Eina Azman lahir pada tanggal 13 Mac 1995  ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan anak saudara penyanyi dan pelakon terkenal, Juliza Adzlizan.

Kerjaya :

Eina Azman mula berkecimpung dalam dunia hiburan lakonan melalui drama 5 Jingga pada tahun 2008 dan nama beliau mula dikenali menerusi drama Mimpi Cinderella, di mana beliau memegang watak utama.

Pada tahun 2018, beliau bakal membintangi drama berjudul Doa Ku Mohon yang bakal bersiaran di TV3 pada bulan Ramadan. Beliau memegang watak ibu muda bernama Kasma.

Kehidupan peribadi :

Eina Azman merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Pada 31 Ogos 2014, Eina sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden. Majlis perkahwinan yang berlangsung pada 9.00 malam Ahad di Grand Hyatt Kuala Lumpur diadakan begitu mewah dengan bertemakan konsep Bollywood. Eina Azman yang baru berusia 19 tahun pada waktu itu telah menerima wang hantaran bernilai RM 77,000, sebuah kereta Chevrolet Camaro dan juga gelaran “Datin Paduka”.

Pada 19 Februari 2016, Eina selamat melahirkan anak kembar (perempuan dan lelaki) setelah setahun lebih mendirikan rumah tangga. Cahaya mata Eina dan suami diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Eina Azman bersekolah sehingga Tingkatan 2, beliau memutuskan untuk belajar di rumah dengan menggunakan khidmat guru persendirian tanpa memperoleh kelayakan akademik seperti SPM dan A-level.

Biodata Artis Eina Azman

Datin PadukaEina Azman
Kelahiran
Ainur Syakina binti Azman

13 Mac 1995 (umur 26)

Temerloh, Pahang, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, model
Tahun aktif 2008 – kini
Pasangan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden (k. 2014)
Anak 2

FOTO

Biodata Artis Eina Azman

Biodata Artis Eina Azman

Biodata Artis Eina Azman

Biodata Artis Eina Azman : Profail, Latar Belakang.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online

 


 

AZZA ELITE MENANGIS MERAYU SEGERA LAKSANA LOCKDOWN

 


Leave a Reply