Pakai gelang pink ke pasar dikompaun RM4K

Hebahkan !!!

Pakai gelang pink ke pasar dikompaun RM4K

Pakai gelang pink ke pasar dikompaun RM4K

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 73 tahun dikompaun RM4,000 di Tumpat, Kelantan, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika keluar membeli barang dapur dengan memakai gelang merah jambu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Ab Rashid Mat Daud, berkata lelaki itu ke Pasar Sumayyah pada 10.30 pagi dan sempat membeli barang dapur sebelum beberapa pengunjung lain perasan gelang kuarantin merah jambu yang dipakainya.

“Kebetulan anggota kami ada membuat rondaan di sekitar pasar terbabit dan lelaki itu terus ditahan sebelum dikenakan kompaun RM4,000 atas kesalahan melanggar SOP Covid-19,” katanya menurut laporan Harian Metro.

“Ketika ditahan, lelaki itu sedang membuat pembelian sambil membimbit beberapa plastik barang dapur yang sudah dibeli sebelum disedari orang ramai.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.

Terdahulu, tular gambar yang menunjukkan lelaki itu yang juga pesara kakitangan awam, membeli-belah di pasar berkenaan sebelum dikenakan tindakan oleh polis.

Warga emas itu difahamkan hanya membuat pembelian di beberapa lot kedai sekitar hujung pasar, dan ramai peniaga tidak sedar gelang merah jambu yang dipakainya.

Pakai gelang pink ke pasar dikompaun RM4KBaca Artikel Menarik


Layari Laman Facebook My News Online


Tajuddin ditamatkan Perkhidmatan – Prasarana

Leave a Reply