Disambar buaya ketika lepaskan jala tersangkut

Hebahkan !!!

SAMARAHAN: Seorang lelaki hilang dipercayai disambar buaya ketika menyelam untuk melepaskan jala yang tersangkut di dasar sungai di Kampung Naie Lama, di sini, hari ini.  Sebelum kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Allistar Rabanie, 30, bersama bapa dan bapa saudaranya menjala di lokasi kira-kira satu kilometer daripada jeti kampung berkenaan.  Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, berdasarkan keterangan saksi, jala bapanya tersangkut di dasar sungai dan meminta bantuan mangsa untuk menariknya.  Bagaimanapun, ketika mangsa cuba membantu bapanya, jalanya sendiri turut tersangkut dan mangsa menyelam bagi melepaskannya namun terus hilang.  "Bapa mangsa yang beberapa meter dari lokasi mangsa menyedari mangsa disambar buaya dan cuba membantunya, namun mangsa terus hilang.  "Difahamkan, mangsa mengikat tali jala di pergelangan tangannya," katanya dalam kenyataan, hari ini.  Beliau berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.16 tengah hari.  "Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diaktifkan dengan bantuan empat anggota polis, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).  "Turut serta dalam operasi, empat ahli persatuan 'Samarahan Crocodile Hunter' serta 23 penduduk kampung," katanya.  Beliau berkata, sehingga jam 6 petang, mangsa belum ditemui dan operasi ditangguhkan pada jam 6.16 petang.  "Operasi akan diteruskan esok dengan menumpukan pencarian di permukaan," katanya.

Disambar buaya ketika lepaskan jala tersangkut

SAMARAHAN: Seorang lelaki hilang dipercayai disambar buaya ketika menyelam untuk melepaskan jala yang tersangkut di dasar sungai di Kampung Naie Lama, di sini, hari ini.

Sebelum kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Allistar Rabanie, 30, bersama bapa dan bapa saudaranya menjala di lokasi kira-kira satu kilometer daripada jeti kampung berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, berdasarkan keterangan saksi, jala bapanya tersangkut di dasar sungai dan meminta bantuan mangsa untuk menariknya.

Bagaimanapun, ketika mangsa cuba membantu bapanya, jalanya sendiri turut tersangkut dan mangsa menyelam bagi melepaskannya namun terus hilang.

“Bapa mangsa yang beberapa meter dari lokasi mangsa menyedari mangsa disambar buaya dan cuba membantunya, namun mangsa terus hilang.

“Difahamkan, mangsa mengikat tali jala di pergelangan tangannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.16 tengah hari.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diaktifkan dengan bantuan empat anggota polis, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Turut serta dalam operasi, empat ahli persatuan ‘Samarahan Crocodile Hunter’ serta 23 penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata, sehingga jam 6 petang, mangsa belum ditemui dan operasi ditangguhkan pada jam 6.16 petang.

“Operasi akan diteruskan esok dengan menumpukan pencarian di permukaan,” katanya.

Disambar buaya ketika lepaskan jala tersangkut

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Pakai gelang pink ke pasar dikompaun RM4K

Leave a Reply