Daftar, jangan takut ambil vaksin!

Hebahkan !!!

 Daftar, jangan takut ambil vaksin!

Daftar, jangan takut ambil vaksin!

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha, 27, merayu rakyat Malaysia agar mendaftar untuk mendapatkan vaksin secepatnya berikutan kenaikan kes Covid-19 semakin merisaukan.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkata, pengambilan vaksin adalah peluang untuk menangani kenaikan jangkitan virus itu seperti yang terbukti di negara lain.

“Kita sudah tak boleh harapkan sesiapa melainkan kita sendiri. Rakyat kita, komuniti kita, kita ada kita sahaja sekarang ini. Satu cara untuk kita melawan pandemik ini adalah untuk mencapai imuniti berkelompok (herd immunity) dan terbukti berjaya di UK (United Kingdom).

“Sudah tak perlu risau dengan jangkitan Covid-19 kalau kita semua sudah divaksin, insy-Allah. Kita tidak perlukan arahan berkurung dan prosedur operasi standard (SOP) yang lemah.

“Tolong fahami situasi terdesak ini, kita sudah tidak ada masa. Kes boleh mencecah angka 10,000 tanpa kita sedari. Kita kena bertindak segera,” katanya.

Pelakon drama Projek Anchor SPM itu mengakui faham ada segelintir yang takut ambil vaksin, tapi percaya ia antara langkah terakhir untuk pulih daripada pandemik serta kembali menjalani aktiviti seperti biasa.

“New Zealand sudah tidak perlu memakai pelitup muka, kita bila lagi? Sedihnya melihat banyak kematian yang sepatutnya boleh dielak sekiranya hal ini (pengambilan vaksin) diambil lebih serius.

Daftar, jangan takut ambil vaksin!


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Sharnaaz Ahmad ‘sound’ Iman Troye

 

Leave a Reply