AZZA ELITE MENANGIS MERAYU SEGERA LAKSANA LOCKDOWN

Hebahkan !!!

AZZA ELITE MENANGIS MERAYU SEGERA LAKSANA LOCKDOWN PENUH

AZZA ELITE MENANGIS MERAYU SEGERA LAKSANA LOCKDOWN PENUH

“Hari ini (covid) dah melalui udara pulak. Tolonglah kerajaaan bagilah lockdown. Korang (kerajaan) nak berapa ramai lagi rakyat kita mati. Korang nak fronliner (barisan hadapan) buat macam mana lagi. Tolonglah lockdown.

“Selagi kerajaan tak laksanakan lockdown penuh, kami ada yang kena pergi kerja. Tolonglah faham. Kalau kerajaan buat lockdown sekurang-kurangnya kami duduk di rumah tidak jumpa orang.

“Tolonglah untuk dua atau tiga minggu sahaja,” itulah kata penyanyi dan pelakon Azza Elite yang dilihat menangis teresak-esak sambil menyeru kerajaan agar segera bertindak dengan melaksanakan lockdown penuh ekoran peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

AZZA ELITE MENANGIS MERAYU SEGERA LAKSANA LOCKDOWN PENUH

Pada masa sama, Azza turut mengingatkan semua agar terus kekal duduk di rumah tanpa keluar kemana-mana jika tiada sebarang urusan penting di luar.

Dalam hantaran tersebut juga, Azza turut mengakui dia sudah mula mengalami masalah anxiety atau kerisauan melampau rentetan peningkatan kes harian Covid-19 yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk turun.

Terdahulu, kes harian Covid-19 mencatatkan peningkatan mendadak sejak Mac lalu hingga merekodkan 7,289 pada hari ini sekali gus merupakan kes tertinggi sepanjang pandemik membadai negara sejak tahun lalu.

AZZA ELITE MENANGIS MERAYU SEGERA LAKSANA LOCKDOWN PENUH


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Daftar, jangan takut ambil vaksin!

Leave a Reply