Sharnaaz Ahmad ‘sound’ Iman Troye

Hebahkan !!!

Sharnaaz Ahmad 'sound' Iman Troye

Sharnaaz Ahmad ‘sound’ Iman Troye

Kuala Lumpur: Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi amaran kepada penyanyi Iman Troye supaya tidak bergurau kasar terhadap orang lain yang sedang bertarung nyawa berdepan virus Covid-19.

Sharnaaz berkata, Iman sepatutnya lebih sensitif terhadap nasib yang menimpa orang lain.

Kelmarin, Iman dikecam netizen kerana menulis statistik angka jangkitan harian Covid-19 disertakan perkataan ‘happy’ (gembira) yang disifatkan netizen dia berbangga dengan angka jangkitan itu.

“Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi,” tulisnya di Twitter.

Menurut Sharnaaz, gurauan mengenai kes harian Covid-19 tinggi kerana kesalahan pihak tertentu tidak menjadi masalah, tapi jika sesuka hati mengharapkan kes akan meningkat sehingga 7,000 adalah tidak sesuai.

“Dalam 7,000 orang itu ada ibu bapa orang lain yang sedang bertarung nyawa atau mungkin ada yang meninggal dunia. Fikirlah wahai Iman Troye,” katanya.

Sharnaaz berkata, dia juga terkesan dengan perkara itu kerana sudah kehilangan dua anggota keluarga akibat dijangkiti Covid-19.

Terdahulu, ramai menyifatkan tindakan Iman itu kurang matang kerana menjadikan ia bahan gurauan selain dan tidak sensitif dengan isu semasa.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas memuat naik status itu, Iman dilihat menyahaktif akaun Twitter.

Sharnaaz Ahmad ‘sound’ Iman Troye


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


INSIDEN Dua LRT bertembung 200 Penumpang cedera [VIDEO]

Leave a Reply