‘Self Lockdown’, takkan nak suap sampai masuk kubur!’

Hebahkan !!!

'Self Lockdown', takkan nak suap sampai masuk kubur!'

‘Self Lockdown’, takkan nak suap sampai masuk kubur!’

Kuala Lumpur: Pengarah dan penerbit, Michael Ang menyeru rakyat Malaysia supaya mengamalkan ‘self lockdown’ memandangkan jumlah kes jangkitan baharu hari ini yang mencecah 7,000 jangkitan.

Dalam hantarannya di Instagram, Michael juga meluahkan rasa simpatinya kepada barisan petugas barisan hadapan.

“Tahniah rakyat Malaysia! Tercipta satu lagi rekod dengan 6,976! Sikit lagi 7,000! Apa lagi, tunjukkan anda boleh! Terus keluar berjalan-jalan dan ‘yak yak yeh’ (berseronok) dan tak payah ikut prosedur operasi standard (SOP)!

“Kau orang tak tengok ke video petugas barisan hadapan cuba selamatkan kesakitan Covid-19 di pusat kuarantin? Jangan pentingkan diri sendiri! Kasihan petugas barisan hadapan. Jangan sampai mereka putus asa!” tulisnya.

Dalam satu hantaran lain, Michael menjawab pertanyaan netizen di Twitter yang menyatakan bahawa tidak semua orang boleh melakukan ‘self lockdown’.

“Orang bekerja pun boleh amalkan ‘self lockdown’ iaitu pergi dan balik kerja sahaja. Bungkus makanan dari rumah, tak payah keluar makan tengah hari dan jaga SOP di pejabat!

“Sudah-sudahlah dengan alasan tak boleh ‘lockdown’ sebab kerajaan dan tak bantu dan lain-lain. Takkan nak suap kau orang sampai masuk kubur!” tulisnya.

Pelbagai komen dilemparkan netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat Michael.

Kes jangkitan terbaru hari ini membabitkan 6,971 kes jangkitan tempatan dan lima kes import manakala kes kematian baharu untuk hari ini mencatat angka 49 kes.

‘Self Lockdown’, takkan nak suap sampai masuk kubur!’


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Najib mocks govt, says Parliament is proof total lockdown works

Leave a Reply