Resepi Sotong Rebus Kuah Hitam

Hebahkan !!!

Sotong Rebus Kuah Hitam

Resepi Sotong Rebus Kuah Hitam

Hari  ini saya membuat keputusan untuk memasak kerana Nana, Boy dan Aween ada di rumah. Mereka balik untuk meraikan harijadi saya bersama Juita. Tapi Juita telah kembali ke kolej semalam. Semasa berchatting dengan group WhatsApp Sekolah Menengah Bachok, timbul idea untuk memasak Sotong Rebus Kuah Hitam yang sangat popular di negeri Che Siti Wan Kembang.

Masakan ini adalah masakan yang biasa dimasak oleh Arwah Bonda. Tapi saya belum pernah memasak sendiri kerana saya tidak berapa menggemari lauk ini. Oleh kerana telah berpuluh tahun saya tidak menikmatinya, tiba tiba tekak terasa rindu untuk merasai lauk yang pernah saya nikmati suatu ketika dulu.

Dengan resepi yang diberi oleh Tengku Yuslida, saya mula memasak sambil merakam video. Haa jika ingin melihat video penyediaan sotong rebus ini, bolehlah singgah di Instagram @aziekitchen.

Jom layan resepi tradisional negeri Kelantan yang mudah dan menpunyai rasa yang sangat unik. Jika sotong menpunyai telur, bertambahlah lagi keenakannya.

 

Sotong Rebus Kuah Hitam
Sotong Rebus Kuah Hitam

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

Sotong – tak perlu dipotong
1-2 batang serai – ketuk
4 ulas bawang putih – ketuk
1 labu bawang besar – hiris
2 inci halia – ketuk
Garam

Sedikit gula Melaka

Cara cara:

Sotong dibersihkan. Jangan dibuang kulit, dakwat atau tulangnya. Kalau dapat yang bertelur, lagi sedap.

Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan masukkan air sekadar menenggelamkan sotong sahaja.

Masak sehingga sotong masak dan jangan terlalu lama, nanti sotong akan menjadi liat.Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Resepi Sotong Rebus Kuah Hitam


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Sotong masak hitam Siti Sarah – Kecoh


Leave a Reply