Wani Syaz belum popular, aktiviti nyanyian terhad

Hebahkan !!!

Wani Syaz - Nama belum cukup popular

Wani Syaz belum popular.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Wani Syaz, 24, tidak boleh mengharapkan kerjaya seni semata-mata ketika berdepan dengan era pandemik COVID-19.

Malah, Wani bersyukur mempunyai pekerjaan sampingan untuk menampung kehidupannya apabila aktiviti nyanyian terhad.

Wani berkata, dia bernasib baik mengusahakan perniagaan restoran di kampung halamannya, Batu Pahat, Johor bersama keluarga. Jadi, dapatlah menjana pendapatan tatkala karier nyanyian tidak dapat memberikannya pendapatan, ketika ini.

“Saya hanya fokus pada restoran sahaja ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika nak diikutkan perniagaan makanan pun terjejas, tetapi restoran saya ada menyediakan perkhidmatan penghantaran, dapatlah membantu.

“Ini kerana, saya hanya fokus pada dunia nyanyian sahaja, berlakon atau mengacara pun tidak. Namun, ada mula menerima tawaran lakonan, sejak akhir-akhir ini.

“Saya membintangi telefilem Siapa Tutup Lampu, itu pun watak sebagai doktor saja. Babak pun tidak banyak, boleh dikatakan adegan saya hanya beberapa saat sahaja,” katanya kepada BH Online.

Meminati dunia lakonan

Wani atau nama sebenarnya, Nursyazwani Selamat berkata, dia memang meminati dunia lakonan. Disebabkan itu, dirinya aktif membuat kandungan dalam platform TikTok yang membabitkan lakonan sendiri.

“Bagaimanapun, apabila berlakon di hadapan kamera, jadi gementar pula. Dari situ, saya tahu bukan senang, tetapi jika ada rezeki saya tidak akan menolak,” katanya.

Akur namanya belum cukup popular untuk meraih banyak tawaran drama, Wani berkata, disebabkan itu juga dirinya cuba untuk terus aktif dalam laman sosial supaya boleh meraih perhatian khalayak.

“Ada kala terbit juga rasa sedih apabila memikirkan nama saya belum cukup kuat. Saya sudah cuba memilih lagu yang terbaik, tetapi belum mencapai tahap yang memuaskan.

“Saya pernah terfikir mahu fokus pada bidang perniagaan sahaja, tetapi sayang pula mahu meninggalkan dunia seni, saya sudah lama berjuang. Apapun, saya serah pada rezeki.

“Selagi peminat mahu saya menyanyi, saya akan teruskan,” katanya yang baru mengeluarkan single berkonsepkan irama padang pasir dengan suntikan sentuhan moden berjudul Habibi.

Peserta pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama ini berkata, dia bersyukur dapat hadir dengan single Habibi pada saat negara masih menghadapi penularan COVID-19.

Memulakan langkah sebagai penyanyi pada 2013, Wani muncul dengan single pertama berjudul I Cinta Jer, kemudian meraik popular menerusi lagu lagu Lepaskan dan Gemala serta single duet bersama Wany Hasrita, Sinar Terindah.

Terdahulu, Wani pernah muncul dengan single duet bersama Juzztin berjudul Kembalilah dan Alhamdulillah. Seterusnya bergandingan bersama Waris menerusi single Pendusta Cinta.

Berkongsi sambutan Aidilfitri, Wani meraikan bersama keluarga di Batu Pahat, memandangkan menetap di sana.

“Seperti biasa, saya beraya bersama keluarga di kampung. Nasib baik saya menetap bersama keluarga, jadi tiadalah perasaan sedih berjauhan dengan keluarga.

“Cuma saya sedih melihat ramai saudara mara tidak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya,” katanya.

Wani Syaz belum popular.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Resipi Daging Harimau Menangis


Leave a Reply