Janna tak pulang beraya – Datuk dan Nenek ‘terasa hati’

Hebahkan !!!

Janna tak pulang beraya - Datuk dan Nenek 'terasa hati'

Janna tak pulang beraya – Datuk dan Nenek ‘terasa hati’

KUALA LUMPUR: Pelakon, penyanyi dan pengacara, Janna Nick tidak mampu menyembunyikan kerinduannya kepada datuk dan nenek selepas dua tahun tidak dapat pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman sejak pandemik COVID-19 menyerang seluruh dunia.

Berkongsi kisah Syawal, tahun ini, pelakon yang melonjak menerusi drama Syurga Nur dan Melastik Ke Hatimu itu berkata,

kerinduan terhadap datuk dan nenek di Sungai Petani, Kedah bertandang di hati tatkala terbitnya fajar Syawal.

Masuk tahun kedua tidak dapat pulang beraya di Sungai Petani, Janna berkata, dia sentiasa terkenangkan datuk dan nenek yang cukup dirinduinya.

Baginya, tempoh hampir dua tahun bergelut dengan pandemik COVID-19 memaksanya memahami erti berjauhan dengan insan tersayang.

Janna berkata, dia menyambut raya secara sederhana bersama ibu dan dua adiknya di Kuala Lumpur.

“Berpisah dengan datuk dan nenek selama hampir dua tahun bukan satu jangka masa pendek. Apakan daya situasi dilalui seluruh dunia tidak dapat diduga. Namun, saya sedar datuk dan nenek terasa hati kerana memikirkan saya serta keluarga tidak mengingati mereka.

“Saya hanya mampu memendam kerinduan apabila sekali lagi tidak boleh merentas negeri pada Syawal ini. Keadaan sekarang juga tidak mengizinkan untuk saya bertemu orang tua.

“Apalah khabar mereka, saya hanya dapat berdoa dari jauh supaya keadaan mereka baik-baik sahaja,” katanya yang sesekali menghubungi datuk dan nenek dengan membuat panggilan telefon.

Tetap mengirimkan duit raya

Biarpun terpisah jauh, Janna berkata, dia tetap mengirimkan duit raya menerusi talian.

“Saya sangat rindu mahu meraikan Syawal di kampung. Suasananya tidak sama beraya di kota. Bagaimanapun, saya tetap mengirimkan duit raya kepada datuk, nenek, anak buah dan saudara mara,” katanya kepada BH Online.

Pernah diangkat Aktres Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 menerusi drama Semerah Cinta Humairah, Janna berkata, dia meraikan Syawal di ibu kota dalam situasi yang penuh terbatas.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan tidak boleh ziarah hari raya membuatkan saya hanya duduk di rumah. Pergerakan juga terbatas kerana tidak boleh keluar beraya.

“Tidak mengapalah, kena bersabar dahulu, kita belum menang melawan pandemik COVID-19 yang semakin menggila sejak akhir-akhir ini.

“Saya pun tidak beriya-iya melakukan persiapan hari raya, hanya serba sederhana,” katanya yang muncul menerusi dua telefilem, Misteri Mona Kuserumu Kembali dan Jeti pada musim Aidilfitri.

Sementara itu, pendedahan ‘berani mati’ Janna yang kini masih menjalani rawatan pakar psikiatri untuk mengubati gangguan bipolar yang dialami bukan berniat membuka pekung di dada.

Sebaliknya, pengacara Melodi itu mahu masyarakat lebih terbuka atau peka dengan masalah kesihatan mental.

Sebelum ini, Janna pernah berkongsi penyakit gangguan bipolar menerusi laman Instagram (IG). Menerusi entri IG, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Munir turut mendedahkan pernah dua kali cuba membunuh diri kali sepanjang hidupnya.

Lebih mengejutkan, Janna sering mendengar tiga hingga empat suara dalam kepala dan merasakan ia sesuatu yang biasa.

Berada dalam keadaan stabil

Bagaimanapun, Janna mengakui, dirinya berada dalam keadaan stabil.

Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, pendedahan beraninya itu bukan berniat mengaibkan diri sendiri. Sebaliknya, menuntut masyarakat menitik berat terhadap masalah kesihatan mental.

“Saya tidak malu mengatakan masih menjalani rawatan dengan pakar psikiatri. Tak kisah apapun tanggapan orang, nak tuduh saya sakit jiwa atau sebagainya. Namun, boleh dikatakan saya bertemu doktor hampir setiap minggu.

“Alhamdulillah, keadaan saya semakin stabil. Hanya kini perlu mengambil ubat yang ditetapkan doktor.

“Pendedahan yang dilakukan terhadap diri saya ini menimbulkan banyak persepsi terhadap  saya. Timbul kesedaran bahawa saya  bukanlah manusia sempurna dan Saya fikir diri saya normal selama ini, namun ia sebaliknya,” katanya.

Ditanya reaksi keluarga di atas pendedahannya, Janna berkata, awalnya, mereka sangat terkejut.

“Mereka tidak menjangka saya boleh berada sampai tahap ini, termasuk dua kali cubaan membunuh diri.

“Pengalaman kali pertama ketika berusia 14 tahun. Saya menelan segenggam panadol yang dicampurkan dengan ubat lain ketika tinggal di asrama penuh.

“Percubaan bunuh diri kedua ketika mahu mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) setahun selepas kejadian pertama. Saya memotong pergelangan tangan sendiri di hadapan adik perempuan saya,” katanya.

Akuinya, keluarga tidak tahu keadaan emosinya saya serumit ini.

“Jujurnya, saya melihat masyarakat tidak terbuka atau peka dengan masalah kesihatan mental. Mereka ingat saya bertindak keterlaluan dan cuba mencari perhatian.

“Saya akui terkejut apabila mendapat tahu penghidap gangguan bipolar. Saya ingat, saya manusia normal. Namun, tindakan pantas pada saat berdepan situasi ini adalah mencari pakar atau berjumpa doktor,” katanya.

Janna tak pulang beraya – Datuk dan Nenek ‘terasa hati’


Baca  Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Biodata Artis Puteri Sarah Liyana


Leave a Reply