Biodata Artis Puteri Sarah Liyana

Hebahkan !!!

Biodata Artis Puteri Sarah Liyana

Biodata Artis Puteri Sarah Liyana. Nama penuh Puteri Sarah Liyana Binti Megat Kamaruddin lahir 1 Disember 1985 merupakan seorang bekas pelakon dan model wanita Malaysia.


Kehidupan awal

Puteri Sarah dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik, memiliki kelulusan Degree Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.


Kerjaya

Puteri Sarah pernah menjadi peragawati iklan bagi DiGi, F&N, AG2000 dan Nivea. Beliau juga merupakan duta produk Silky Girl dan Pernah berlakon dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie.


Kehidupan peribadi

Pada awal 2013, beliau telah mula bertudung.

Beliau telah berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah telah berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pasangan ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan dengan mas kahwin berjumlah RM1,111. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis

Pada 19 April 2017, Puteri Sarah selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 6.30 pagi Rabu. Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, dekat sini. Berita gembira ini disampaikan oleh suami beliau menerusi laman sosial dan mengumumkan nama anak mereka iaitu Syaikhul Islam. Pada 16 Mac 2019, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan sulung yang bernama Sumayyah.

Biodata Artis Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah
Puteri Sarah di hari perkahwinannya dengan Syamsul.
Kelahiran
Puteri Sarah Liyana binti Megat Kamaruddin

1 Disember 1985 (umur 35)

London, England
Nama lain Puteri Sarah
Pendidikan Degree Pengurusan Hotel
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
Pekerjaan Pelakon, peragawati
Tahun aktif 2005–kini
Pasangan Syamsul Yusof (k. 2014)
Anak 2

FOTO

Biodata Artis Puteri Sarah Liyana

Biodata Artis Puteri Sarah Liyana

Biodata Artis Puteri Sarah Liyana

 

Biodata Artis Puteri Sarah Liyana


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Puteri Sarah syukur keluarga mentua negatif Covid-19

Leave a Reply