Tahanan dakwa didera di penjara, kata peguam

Hebahkan !!!

Tahanan dakwa didera di penjara, kata peguam

Tahanan dakwa didera di penjara, kata peguam

PETALING JAYA: Seorang peguam jenayah menggesa Penjara Sungai Buloh menyiasat dakwaan dua tahanan dipukul dan dirotan seorang warden pada pagi Selasa lalu.

Suzana Norlihan Alias berkata, beliau berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu lalu untuk menemui anak guamnya di lokap mahkamah, ketika dua tahanan yang turut berada di sana membuat dakwaan itu.

“Saya nampak seorang daripadanya kelihatan tidak sihat. Apabila saya tanya dia apa yang berlaku, katanya dia dan kawannya dipukul seorang warden pada pagi Selasa.

“Mereka beritahu saya, mereka tidak diwakili peguam. Saya terkejut apabila mereka beritahu saya yang warden memukul dan merotan mereka di kaki sehingga sukar berjalan.

“Saya meminta pihak berkuasa penjara mengambil tindakan segera. Buli dan dera oleh kakitangan penjara perlu dihentikan,” kepada kepada FMT.

Tahanan dakwa didera di penjara, kata peguam
Suzana Norlihan Alias

Pegawai penjara tahu mengenai dakwaan itu

Ketika dihubungi, seorang pegawai di unit sekretariat Penjara Sungai Buloh menggesa Suzana membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Katanya, pegawai penjara tahu mengenai dakwaan itu, yang dimuat naik Suzana ke Facebooknya, tetapi mereka “tiada apa-apa yang rasmi” setakat ini.

“Kami meminta beliau membuat laporan polis atau datang ke sini untuk membuat aduan rasmi supaya kami boleh menyiasatnya.

“Walaupun tiada laporan polis, jika dakwaan beliau masuk akal, kami akan menyiasatnya.”

Dakwaan Suzana menyusul kurang sebulan selepas keluarga 22 tahanan mendakwa tahanan itu didera pegawai penjara di Penjara Jelebu, Negeri Sembilan pada 8 April lalu.

Bercakap pada sidang media 1 Mei lalu, beberapa ahli keluarga tahanan itu mendakwa tahanan terbabit – yang digari secara berdua – dipukul dengan paip plastik, batang kayu, kerusi dan objek lain oleh pegawai penjara.

Mereka juga mendakwa bahagian sulit tahanan disembur minyak cili.

FMT difahamkan 17 laporan polis sudah dibuat keluarga tahanan itu, dengan seorang pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu mengambil keterangan enam tahanan terlibat.

Tahanan itu ditahan pada 2019 di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) kerana disyaki terbabit dalam jenayah terancang.

Adik lelaki Suzana ditahan dipenjara sejak 2002 dan didakwa turut didera di Penjara Sungai Buloh serta Taiping.

“Adik saya dihukum mati dan dia memberitahu pernah dipukul warden penjara. Itu sebabnya saya mempercayai dua tahanan yang saya temui itu.

“Dalam hal seperti ini, saya hanya mahu orang tahu apa yang berlaku.

“Ada yang betul dan ada yang salah. Dan ini adalah salah.”

Tahanan dakwa didera di penjara, kata peguam


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Semakin ramai mahu Neelofa dipenjara

Leave a Reply