Pesara wanita hilang RM1juta diperdaya macau scam

Hebahkan !!!

Pesara wanita hilang RM1 juta diperdaya macau scam

Pesara wanita hilang RM1juta diperdaya macau scam

PETALING JAYA: Seorang pesara wanita kerugian lebih RM1 juta selepas menjadi diperdaya sindiket penipuan macau scam yang menyamar pegawai bank konon kad kreditnya terbabit pembelian bitcoin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa berusia 60 tahun pada jam 2 petang 1 April lalu ketika berada di rumahnya di Petaling Jaya menerima panggilan operator daripada pihak bank yang memaklumkan kad kredit bank didaftarkan atas namanya membuat pembelian bitcoin di satu laman sesawang sosial.

Mangsa menafikan perkara itu dan panggilan itu kemudian disambungkan ke bank negara. Seterusnya, mangsa memberikan maklumat peribadinya kepada pihak bank negara untuk membuat laporan polis bagi menafikan mengenai kad kredit yang didaftarkan atas nama mangsa.

“Pada jam 9.02 pagi keesokan harinya, mangsa menerima salinan laporan polis melalui whatsApp dan panggilan telefon itu disambungkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa diminta memberikan semua maklumat akaun bank untuk memperbaharui akaunnya daripada disalahgunakan individu lain.

“Selepas itu, mangsa terima pesanan ringkas daripada pihak bank berkenaan dengan enam digit kod sebelum dia memberikan semua kod itu kepada polis yang menghubunginya. Pada 10 Mei lalu, mangsa membuat semakan dengan pihak bank negara dan mangsa dimaklumkan panggilan yang diterima adalah panggilan palsu,” katanya.

Mangsa kemudian membuat semakan akaun banknya dan mendapati wang di dalam akaun banknya tiada. Mangsa memberikan maklumat tujuh akaun banknya dan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,303,710.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Pesara wanita hilang RM1juta diperdaya macau scam


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Liek Hou juarai Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol

 


Leave a Reply