Marsha pula dimaki! – Kerana Nurul Huda.

Hebahkan !!!

Kuala Lumpur: Gara-gara wataknya sebagai Nurul Huda dalam drama Rindu Separuh Nyawa, pelakon Marsha Milan Londoh, 35, menerima cacian bersifat peribadi yang ditujukan kepadanya dan bukan untuk watak itu.  Marsha berkata, dia terkejut apabila masih ada penonton yang tidak boleh membezakan realiti dan lakonan sehingga memakinya tidak bertempat.  "Saya kebelakangan ini tidaklah berapa aktif berlakon selepas berkahwin, fokus menyanyi, dan lain-lain. Justeru, hal ini agak mengejutkan buat saya.  "Mula-mula saya risau juga. Walaupun ada yang puji lakonan menjadi, tapi kebanyakannya memaki, mengugut saya di Instagram. Yang membimbangkan saya, orang maki Marsha Milan dan bukan Nurul Huda termasuk dalam hantaran yang tiada kaitan.  "Saya tak pasti sama ada harus gembira kerana lakonan saya memberi impak kepada peminat Rindu Awak Separuh Nyawa atau bersedih atau marah dengan maklum balas saya dapat. Jujurnya, ia tidaklah mengerikan atau menakutkan sangat, cuma saya terkejut ada orang tak boleh bezakan realiti dan lakonan," katanya.  Marsha tidak menafikan maklum balas diterimanya itu mungkin disebabkan pengaruh cerita terbabit sendiri yang diadaptasi daripada novel tulisan Siti Rosmizah.  "Kemungkinan besar pengikut atau pembaca novel itu sendiri sangat terkesan dengan jalan ceritanya. Jadi apabila ia diangkat menjadi drama, orang dapat melihatnya secara visual dan menjadi lebih emosi," katanya.  Selain Marsha, drama arahan Jamal Khan dan Along Kamaludin itu juga dibintangi Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Fizo Omar, Norreen Iman, Fiza Thomas, Fauzi Nawawi, dan ramai lagi.

Marsha pula dimaki! – Kerana Nurul Huda.

Kuala Lumpur: Gara-gara wataknya sebagai Nurul Huda dalam drama Rindu Separuh Nyawa, pelakon Marsha Milan Londoh, 35, menerima cacian bersifat peribadi yang ditujukan kepadanya dan bukan untuk watak itu.

Marsha berkata, dia terkejut apabila masih ada penonton yang tidak boleh membezakan realiti dan lakonan sehingga memakinya tidak bertempat.

“Saya kebelakangan ini tidaklah berapa aktif berlakon selepas berkahwin, fokus menyanyi, dan lain-lain. Justeru, hal ini agak mengejutkan buat saya.

“Mula-mula saya risau juga. Walaupun ada yang puji lakonan menjadi, tapi kebanyakannya memaki, mengugut saya di Instagram. Yang membimbangkan saya, orang maki Marsha Milan dan bukan Nurul Huda termasuk dalam hantaran yang tiada kaitan.

“Saya tak pasti sama ada harus gembira kerana lakonan saya memberi impak kepada peminat Rindu Awak Separuh Nyawa atau bersedih atau marah dengan maklum balas saya dapat. Jujurnya, ia tidaklah mengerikan atau menakutkan sangat, cuma saya terkejut ada orang tak boleh bezakan realiti dan lakonan,” katanya.

Marsha tidak menafikan maklum balas diterimanya itu mungkin disebabkan pengaruh cerita terbabit sendiri yang diadaptasi daripada novel tulisan Siti Rosmizah.

“Kemungkinan besar pengikut atau pembaca novel itu sendiri sangat terkesan dengan jalan ceritanya. Jadi apabila ia diangkat menjadi drama, orang dapat melihatnya secara visual dan menjadi lebih emosi,” katanya.

Selain Marsha, drama arahan Jamal Khan dan Along Kamaludin itu juga dibintangi Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Fizo Omar, Norreen Iman, Fiza Thomas, Fauzi Nawawi, dan ramai lagi.

Kerana Nurul Huda.Menarik


Baca Artikel Marsha pula dimaki! –

Layari Laman Facebook My News Online


IZREEN AZMINDA MINTA MAAF PADA BEKAS MADU

Leave a Reply