SHEILA RUSLY NAFI ELISYA SANDHA SEBUMBUNG DENGAN BAKAL KELUARGA MENTUANYA

Hebahkan !!!

SHEILA RUSLY NAFI ELISYA SANDHA SEBUMBUNG DENGAN BAKAL KELUARGA MENTUANYA

“Belum kahwin dah duduk sini ka? Hello belum lagi tapi disebabkan dia ada di malam hari korang tabur fitnah kata dia duduk sini. Jangan fitnah.. berdosa. Dia masih ada mak bapak yang perlu dijaga nama dan air muka, tak boleh conteng arang.

“Dia tau tatatertib dia. daripada dia pergi melepak, lebih baik dia datang rumah mak mentua belajar masak,” kata penerbit dan pelakon Sheila Rusly yang tampil menjawab dakwaan netizen dimana pelakon Elisya Sandha, 21, dikatakan sudah tinggal sebumbung dengan keluarganya.

Sheila, 50, menafikan sekerasnya dan menyatakan Elisya kerap berada di rumahnya itu bagi mengasah kemahiran memasak sebelum berkahwin dengan anak lelakinya, Uzair Haqimy, 25. Malah katanya, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Mohd Faisal adalah seorang wanita yang tahu menjaga tatatertib dan air muka ibu bapanya.

Sheila bersuara ketika menjayakan juadah Seafood Pasta Kam Heong yng ditayang secara langsung (live) di Instagram (IG) bersama Elisya, semalam. Dalam pada itu, pelakon drama ‘Leftenan Zana’ itu akui tidak akan membiarkan sekiranya berlaku perkara tidk diingini.

“Kedua-dua mereka ada di depan mata sis (panggilan untuk Sheila). Kalau kata mereka cuba untuk lakukan perkara tidak diingini, kaki sis sampai dulu. Tak peduli la cantik ke apa. kau rasa? Jadi jangan tabur fitnah pada menantu sis, tak baik,” ujarnya lagi.

Pada 31 Januari lalu, Elisya dan Haqimy atau Haq selamat melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis yang sederhana di kediaman kakak Elisya yang juga seorang pelakon, Fasha Sandha.

CHACHA NAFI TERBABIT SINDIKET PELACURAN: “RM40,000 SATU MALAM, BUAT APA NAK BERLAKON LAGI?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *