“TAYANG KERETA MAHAL, DUDUK RUMAH SEWA” – MICHAEL ANG PELIK SIKAP SUKA MENUNJUK-NUNJUK

Hebahkan !!!

“Kenapa orang Malaysia sanggup tayang dan beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa! Tayang kat media sosial pakai benda berjenama tapi pakai harta orang lain untuk tayang! Bagi saya, rumah lebih baik daripada kereta. Sekurang-kurangnya harga rumah semakin lama semakin naik. Kalau beli sendiri rasa dia jauh lebih sedap dari pinjam benda orang dan tayang cakap benda sendiri!

“Dalam hidup ini tak berhutang, tak mencuri, tak menipu adalah kehidupan yang paling bahagia walaupun rumah flat atau baju Uniqlo saja! Betul tak?” demikian kata penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang yang berasa hairan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia gemar menayangkan kehidupan mewah di laman sosial.

Menurut Michael, 45, segelintir mereka gemar menunjuk-nunjuk kereta dan barangan berjenama namun masih menetap di rumah sewa. Michael yang juga seorang pelakon itu berkongsi pendapatnya menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat dan rata-rata netizen serta rakan selebriti turut bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Michael turut menyuarakan pandangannya mengenai generasi muda yang dilihat tidak bersungguh-sungguh dan gemar merungut dalam melakukan sesesuatu pekerjaan. Malah, Michael juga berkongsi mengenai seorang penghantar makanan yang meninggal dunia dipercayai akibat dihempap pokok pada petang, Khamis.

“Kenapa anak muda Malaysia ini kalau nak dapatkan kerja bulan dan bintang dijanjikan. Tapi bila dah mula kerja, kerja macam tahi! Sekarang nak dapat kerja bukan senang. Tak baca ke fasal pembawa grab sampai kena hempap dengan pokok? Bila dah ada kerja tu, kerjalah dengan jujur.

“Kalau kena maki itu mesti ada sebab. Jangan la asyik cakap orang iri hati dengan awak. Cermin diri sendiri dulu sebelum nak salahkan semua orang. Orang yang nak berjaya selalunya tak complain banyak. Yang berjaya baru banyak complain! Itulah hakikatnya, betul ke tidak?” ujarnya.

Neelofa kongsi doa harian dalam Telegram

Leave a Reply