MENANGIS DALAM KERETA – EMOSI JANNA NICK TERGANGGU AKIBAT TEKANAN KERJA MELAMPAU

Hebahkan !!!

Pelakon Janna Nick menerusi laman Instagram baru-baru ini telah memuat naik video luahan hati mengenai dirinya yang tertekan dengan urusan kerja hingga mengganggu emosinya sejak kebelakangan ini.

Dalam video yang dikongsikan, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, 25, tidak lagi mampu menahan sebak hingga menitiskan air mata sambil memandu kereta sendirian.

Berulang kali aktres ini memberitahu dia penat memikirkan tentang kerja, namun terpaksa meneruskan demi mencari rezeki untuk keluarga.

"Saya suka bekerja, saya tak boleh tak kerja. Jadual saya padat sampai hujung tahun ini. Badan saya penat tapi otak saya tidak. Walaupun hari yang saya nak rehat, otak saya terus berfikir, fikir dan fikir.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Bayangkan saya duduk seorang, tak buat apa-apa tapi lima, enam suara dalam kepala memberi idea berbeza untuk bekerja. Ini realiti palsu yang saya cipta untuk buat saya nampak gembira dan ada kehidupan sempurna. Ia cuma topeng yang cuba menutup rasa tak bahagia yang saya lalui," katanya.

Dalam pada itu, Janna berkata dia mahu menjalani kehidupan normal seperti manusia biasa yang mempunyai masa untuk diri sendiri, namun mindanya seakan-akan dikawal oleh tuntutan kerja.

"Saya manusia biasa yang mahu hidup normal. Saya tak suka bercakap, tak suka jumpa orang. Dahulu apabila saya tak happy, saya boleh cari sebab untuk saya tak gembira.

Image_3.jpg

"Sekarang apabila saya gembira, otak pula tak izinkan saya berehat. Daripada situ saya tahu bahawa ini adalah masalah saya sendiri… tetapi jangan risau saya akan memperbaiki diri.

"Saya tak perlukan pendapat sesiapa. Saya tak perlukan orang faham saya. Malah saya pun gagal memahami minda saya. Saya cuma perlukan rehat," ujarnya.

Bagaimanapun, Janna berjanji akan memperbaiki diri kerana beranggapan semua yang terjadi adalah masalahnya sendiri dan hanya memerlukan rehat yang secukupnya untuk diri sendiri.

Image_4.jpg

Leave a Reply