TAKUT GALAK ORANG BUAT DOSA – ZIZI KIRANA ENGGAN DERMA, BUANG BAJU SEKSI

Hebahkan !!!

Image_1.jpg

"Sejujurnya saya memang dah tak memiliki baju-baju seksi yang pernah dipakai sebelum ini. Saya tak ada niat nak bagi sesiapa, apa yang penting saya memang dah taka baju-baju macam tu.

"Ada juga orang tanya kenapa tak bagi orang lain, buat apa saya bagi orang baju-baju seksi? Nanti saya menggalakkan orang buat dosa pula," jelas penyanyi Zizi Kirana.

Tidak memiliki pakaian seksi yang pernah dipakainya dahulu, Zizi berkata dia enggan memberikan pakaian itu kepada sesiapa kerana bimbang menggalakkan orang lain melakukan dosa.

Sebelum ini, ramai yang menyambut baik azam Zizi yang mahu berubah ke arah lebih baik apabila kini tampil dengan imej sopan serta sudah pun memadam foto seksi di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Ujar Zizi, dia mula terdetik untuk berubah ke arah kebaikan secara perlahan-lahan selepas kehilangan ramai orang tersayang dalam hidupnya.

Namun, tambah penyanyi yang baru sahaja memenangi persembahan terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-35 ini lagi, dia tidak mahu terlalu drastik dalam melakukan perubahan kerana tahu dirinya sentiasa diuji dari segi iman dan sebagainya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Eh!’ itu mengakui sudah mempunyai niat untuk berhijab, namun harus menyelesaikan urusan kerja yang sudah dipersetujui dengan beberapa pihak.

"Kerap juga saya fikir untuk memakai tudung, dan memang dah ada niat nak pakai cuma saya perlu selesaikan dahulu kerja-kerja yang sudah dipersetujui sebelum ini. Saya hormati mereka juga, jadi saya tak boleh pentingkan diri sendiri," ujarnya.

Image_3.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *