NONNY – BASAH BERENDAM DALAM BESEN.

Hebahkan !!!

Nampaknya isu pelakon Nonny Nadirah bertambah hangat lagi apabila kali ini dilihat memuat naik video berendam di dalam besen air sambil berkemban. Video tersebut itu mendapat lebih 700,000 tontonan.

Sebelum ini nama Nonny hangat diperkatakan apabila memuat naik foto berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek bersama stokin jarang.

Menerusi entri itu, turut disertakan kapsyen ringkas menulis ‘soap’ dan Nonny turut mempromosikan akaun Instagram minuman kesihatan @jusmandak_hq.

Bagaimanapun, ruangan komen perkongsian tersebut telah ditutup oleh Nonny sama seperti perkongsian sebelum ini. Sejak minggu lalu, ramai yang tertanya-tanya mengenai penampilan Nonny yang dikenali dengan berhijab dan menutup aurat sejak 2019.

  

Namun sehingga kini tuan punya badan belum tampil memberi perjelasan mengenai perkara ini.

Sementara itu,, rakan baiknya, penyanyi Mila Jirin menerusi Instagram telah meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang dilakukan oleh Nonny.

Mila berkata dia tidak mahu lagi menegur rakannya itu dan hanya mampu berdoa semoga Allah menjentik hati Nonny untuk kembali je landasan yang betul.

Kata Mila lagi, jika benar rakannya hanya perlukan perhatian bukan begini caranya kerana hanya akan dapat nikmat di dunia tetapi tidak di akhirat.

“Aku tak BODOH nak tegur tanpa betul betul lakukan apa yang perlu di lakukan sebagai sahabat! Takkan lah bodoh aku tak whatsapp…tak call… tak direct bercakap… Kau JANJI kat aku tapi???

“Sebelum aku cakap secara PUBLIC. Ada SEBAB aku LOUD!! Aku tak perlukan PUBLISITI pun seperti mana orang dok kutuk aku.. Aku telan orang maki hamun aku… Aku telan orang kutuk aku asalkan AKU DAPAT BAGITAU PADA 1 DUNIA NI YANG KAU TU ANAK YANG BAIK! SAHABAT YANG BAIK!” katanya lagi.

Kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Nonny, Mila berkata mungkin selama ini dia sahaja yang menganggap Nonny sebagai sahabat namun tidak bagi pelakon itu.

ELITE MUNCUL DENGAN LAGU TERBAHARU – ‘ALHAMDULILLAH’

 

Leave a Reply