NAFI MURTAD & BERSEMBUYI – SAJAT KATA PIHAK BERKUASA TIDAK MENCARINYA

Hebahkan !!!

“Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan). Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!” itulah kata-kata usahawan kosmetik Nur Sajat yang tampil menjawab beberapa soalan termasuk isu murtad dan dakwaan bersembunyi daripada pihak JAIS dan polis.

Sudah hampir sebulan diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bagaimanapun Sajat dilihat masih aktif di media sosial. Menerusi video live terbaru di laman Instagram pagi semalam, Sajat bagaimanapun tidak menunjukkan wajah kepada warganet selain mengatakan dirinya dalam keadaan baik.

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menafikan dirinya keluar Islam dan juga kononnya dia bersembunyi selepas waran tangkap dikeluarkan susulan gagal hadir untuk sebutan semula kes di mahkamah pada 23 Februari lalu.

Kata Sajat lagi, pihak berkuasa tidak mencarinya, serta yakin polis mempunyai kes atau urusan lain yang lebih penting berbanding dirinya. Difahamkan, itu adalah merupakan kemunculan pertama Sajat di Instagram sejak pihak berkuasa berusaha menjejakinya.

PENGURUS PERNIKAHAN NEELOFA & PEKERJA HOTEL DIPANGGIL – “TIDAK ADA PILIH BULU…” – POLIS

Leave a Reply