MAJLIS NIKAH NEELOFA & PU RIZ – ANAK ERRA FAZIRA DIPUJI PAKAI ‘MASK’

Hebahkan !!!

 

“Dalam ramai-ramai, anak Erra Fazira yang pakai pelitup muka. Sangat menjaga SOP, tindakan yang bagus adik!” demikian tulis salah seorang netizen dimana dia memuji anak kepada primadona Erra Fazira iaitu Engku Aleesya, 12, yang tetap menjaga SOP dengan memakai pelitup muka ketika bergambar bersama ahli keluarga.

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial mengenai majlis pernikahan selebriti popular, Noor Neelofa dan PU Riz yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, tular video di TikTok apabila Aleesya menjadi perhatian ketika bergambar di atas pelamin. Video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan Aleesya.

Malah, ramai yang memuji didikan Erra. Bapa Aleeysa iaitu Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila pada 19 Mac lalu.

Terdahulu, polis telah membuka kertas siasatan selepas dipercayai majlis tersebut gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

 

NAFI MURTAD & BERSEMBUYI – SAJAT KATA PIHAK BERKUASA TIDAK MENCARINYA

Leave a Reply