JUMPA PEREKA FESYEN, PILIH KAIN – UQASHA BAKAL KAHWIN TAK LAMA LAGI?

Hebahkan !!!

Menerusi perkongsian di laman Instagram pereka fesyen iaitu Shanell Harun, beliau ada berkongsi satu video pendek yang merakamkan dirinya bersama pelakon Uqasha Senrose di sebuah gedung kain terkemuka.

Menerusi video yang kini sudah pun mendapat tontonan lebih 23,000 kali itu, Uqasha dan Shanell dilihat seperti membincangkan sesuatu. Malah, pereka fesyen tersebut turut dilihat sedang memegang kain polos putih.

"Dating dengan si manis @uqashasenrose2 di @jakeltextile," tulisnya sebagai kapsyen sambil disertai dengan emoji berbentuk hati.

Meski tidak dapat dipastikan mengenai sebab pertemuan tersebut, namun rata-rata peminat di ruangan komen memberikan reaksi positif seterusnya mengharapkan yang terbaik buat Uqasha.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Semoga dipermudahkan segala urusan, baju nikah ke baju bridesmates ni?" tanya seorang pengguna Instagram.

"Bau nasi minyak dah dekat," tulis seorang lagi pengguna lain.

Sebelum ini, bintang drama ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ itu menjadi wajah koleksi pengantin pereka feysen tersebut bagi tahun ini.

Sebelum ini, pada malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2021 lalu, Uqasha telah dilamar kekasihnya, pelakon Kamal Adli secara langsung, sekali gus mengesahkan wujudnya hubungan istimewa di antara mereka.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply