‘JAGA JODOH ORANG’ – RAMAI SIMPATI DENGAN ZIZAN

Hebahkan !!!

“Zizan ni macam jaga jodoh orang oo, haritu Emma Maembon, lepastu Mira Filzah, lepastu sekarang Neelofa pulak hahahahaha… respect Zizan,” antara kata-kata netizen.

Setiap kali artis wanita berkahwin, pasti netizen mempersoalkan jodoh pelawak dan pelakon Zizan Razak, apatah lagi semua artis yang pernah dikaitkan dengannya sudah pun mendirikan rumah tanggah.

Selepas Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah, terkini perkahwinan Neelofa dengan PU Riz juga turut dikaitkan apabila netizen menyifatkan pelawak berusia 37 tahun itu ‘penjaga jodoh’.

Image_2.jpg

Bagaimanapun, ramai yang bersimpati dengan Zizan serta mendoakan pelawak itu akan segera bertemu pasangan hidup serta mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, Zizan pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Juliana Evans dan juga Emma Maembong namun terputus di tengah jalan. Malah, Mira Filzah juga tidak terlepas dari kontroversi percintaan bersama pelawak berusia 36 tahun itu.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

“SUDAH DUA TAHUN DIA (SUAMI) ‘MILD STROKE’…” – AMYZA TIDAK PERNAH PATAH SEMANGAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *