DAKWAAN NEELOFA & PU RIZ ‘BULAN MADU’ DI LANGKAWI DISIASAT POLIS

Hebahkan !!!

"Kita akan siasat perkara ini sama ada benar atau tidak. Sekiranya didapati berbulan madu di pulau peranginan terbabit seperti dilaporkan, mereka jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Polis akan menjalankan siasatan," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah yang memaklumkan, mengikut laporan media berdasarkan gambar yang tersebar Noor Neelofa dan PU Riz dipercayai berada di pulau Langkawi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pasangan pengantin baharu itu yang kini didakwa sedang berbulan madu di pulau peranginan berkenaan.

Ini kerana katanya, Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik yang diumumkan kerajaan hanya membenarkan pelancong merentas negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Pelancong juga perlu membuat tempahan menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa sejak 10 Mac lalu dan pergerakan perlu menggunakan kenderaan pelancongan," jelasnya.

Semalam, pasangan kontroversi itu sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi, tular.

Menerusi gambar tersebar, Neelofa dan suaminya dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan itu.

Image_3.jpg

Selain itu, Mohamad Zainal juga mengesahkan pengurus majlis perkahwinan dan pembantu peribadi Neelofa hadir memberi keterangan kepada polis, hari ini.

Mengulas ketiadaan Neelofa dan PU Riz yang sepatutnya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung siasatan majlis perkahwinan yang didakwa melanggar SOP, Mohamad Zainal berkata, pasangan itu akan tetap dipanggil untuk memberi keterangan.

"Kami tetap akan memanggil Neelofa dan PU Riz dalam masa terdekat ini," tuturnya.

Image_4.jpg

Terdahulu, Pengasas Reka Teemor, Faiz Sabari dan isterinya, Rozana Mumtaz yang juga pengurus majlis perkahwinan disoal siasat selama dua jam, hari ini.

Bagaimanapun, Faiz enggan mengulas siasatan dijalankan berhubung majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz yang didakwa melanggar SOP di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

"Keterangan semua okay. Tiada apa nak cakap," katanya yang kelihatan meninggalkan IPD Dang Wangi kira-kira jam 1.40 petang.

Sementara itu, pembantu peribadi, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin yang ditemani peguam tidak memberikan sepatah kata dan berlalu tanpa menghiraukan media. Nadiah dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi pada jam 2 petang.

Leave a Reply