AWAL ASHAARI HARAP DIA & ISTERI TAK DISIASAT BERHUBUNG MAJLIS NEELOFA

Hebahkan !!!

"Jangan siasat saya dan bunga saya (Scha). Kami pakai pelitup muka sepanjang masa kecuali ketika nak ambil gambar dan makan. Kami tak ada langsir seperti pengantin," itulah tulis pelakon dan pengacara Awal Ashaari yang berharap supaya dia dan isterinya, pelakon dan pengacara Scha Alyahya tidak disiasat.

Awal demikian selepas berita mengenai siasatan terhadap majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mula diperkatakan.

Awal menerusi laman Instagram berkongsi harapan itu yang turut disertakan dengan alasan bahawa dia dan Scha hanya membuka pelitup muka ketika makan dan bergambar.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam hantaran sama, pengacara Melodi itu turut mengucapkan ucapan selamat pengantin baru buat Neelofa dan PU Riz.

"Dalam jutaan bunga di belakang itu, dua kuntum bunga yang paling cantik, paling wangi dan paling berseri-seri. Satu bunga saya dah petik, satu lagi disunting Haris. Lelaki lain bolehlah ambil bau bunga bunga lain yang masih banyak tu. Selamat pengantin baru Neelofa dan Haris," tulisnya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar sepanjang majlis perkahwinan pelakon dan pengacara itu yang menimbulkan rasa marah netizen kerana didakwa tidak mengikut SOP yang ditetapkan MKN.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *