GUA FOSIL DIROSAKKAN SEMASA SHOOTING ‘ANGKARA CINTA’ – MICHAEL ANG CARI PELAKU

Hebahkan !!!

 

Seorang pengguna Facebook telah tampil mendakwa produksi drama ‘Angkara Cinta’ telah melakukan kerosakan pada dinding sebuah gua semasa penggambaran drama itu, baru-baru ini. Hal tersebut telah kecoh di media sosial.

Dakwa individu itu lagi, pihak produksi menjalankan penggambaran di tapak bersejarah tersebut tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Michael Ang selaku pengarah telah tampil menafikan dakwaan produksi menjalankan penggambaran tanpa permit kebenaran seperti ditulis pengguna Facebook berkenaan.

Michael dalam masa sama mengakui kesal dengan insiden berkenaan dan sedang mengesan individu yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Berhubung insiden di Gua Mat Surat, Ipoh. Saya ingin memaklumkan kami menerima kebenaran daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk menjalankan penggambaran.

“Mengenai lukisan grafiti itu, kami kesal salah seorang kru melakukan itu, kita sedang menyiasat dan mencari individu berkenaan… kami akan memberi kerjasama penuh kepada Majlis Pembandaran Ipoh berhubung isu ini.

“Sebagai produksi kami kesal dengan apa yang berlaku… susah nak mengajar orang bodoh untuk menjadi bijak dan bertanggungjawab,” katanya yang mengulas mengenai isu tersebut menerusi Instagram pada Jumaat.

Image_3.jpg

Sebelum itu, seorang pengguna Facebook mendedahkan terdapat kerosakkan di dinding sebuah gua yang terletak di Taman Negeri Perak itu selepas penggambaran sebuah drama popular.

Menurut pemilik akaun dikenali Megat Mohd Shahrin, kru produksi juga telah membuang sampah merata-rata selain menjalani penggambaran tanpa permit yang sah daripada pihak berwajib.

Dia turut berkongsi beberapa keping foto kerosakan di tempat bersejarah itu termasuklah ukiran nama tajuk drama ‘Angkara Cinta’ yang diconteng di dinding gua.

Image_4.jpg

Sementara itu, sebuah syarikat produksi drama mengaku bertanggungjawab merosakkan fosil berusia jutaan tahun di Gua Matsoorat berhampiran Gunung Lang termasuk bahagian dinding gua semasa menjalankan penggambaran.

Wakil syarikat itu juga telah berjumpa dengan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berhubung perkara tersebut dan bersedia menanggung kos untuk membaiki kerosakan yang telah dilakukan.

Drama ‘Angkara Cinta’ dibintangi oleh Hun Haqeem, Wanna Ali, Meerqeen, Yuna Rahim, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Alif Muhaimin dan Nina Juren. Ia ditayangkan di Astro Prima pukul 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Image_5.jpg

Syamel dan Ernie Zakri sah bergelar suami isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *