ISTERI RANDY PANGALILA SELAMAT LAHIRKAN BABY GIRL, ‘BLAIR WILLOW PANGALILA’

Hebahkan !!!

“Kemarin (semalam) adalah hari yang paling bermakna untuk saya dan isteri saya. 24 Mac 2021, pukul 9.54 pagi, wanita kuat ini @cfrank3030, telah melahirkan seorang bayi perempuan yang cantik, Blair Willow Pangalila anak kami,” itulah kata-kata pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Randy Pangalila apabila isterinya, Chelsey Frank telah selamat melahirkan anak sulung mereka semalam (Rabu).

Randy yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya itu telah sepakat dengan isterinya menamakan puteri mereka dengan nama ‘Blair Willow Pangalila’.

Dalam masa sama, Randy turut berkongsi momen-momen indah sepanjang proses isterinya bersalin hingga kedua-duanya memeluk bayi mereka selepas selamat dilahirkan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Sebuah moment bahagia yang sudah ditunggu-tunggu kami berdua, terima kasih kepada para dokter dan jururawat yang sudah membantu kelancaran persalinan isteri saya, terima kasih untuk becandaan-candaan kecil yang membuat isteri saya lebih rilex dan tidak stress pada saat melahirkan.

“Terutama saya mahu berterima kasih kepada dokter @mufardoc yang sudah menangani dan membantu kami dari hari pertama kehamilan isteri saya. Juga saya berterima kasih kepada @rsiabundajakarta yang telah memberikan pelayanan yang sangat luar biasa, prosedur dan protocol covid yang baik, dan kamar yang sangat nyaman untuk isteri saya. Saya sangat bersyukur untuk semuanya,” tulis Randy.

Untuk makluman, Randy, 30, dan Chelsey berkahwin pada 19 Januari 2019 di Bali, Indonesia.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

SEPERTI ‘BOMBA’ – RAMLI MS DEDAH 13 TAHUN TINGGAL HOTEL SELEPAS BERCERAI

Leave a Reply