MIA SARA – HANTAR MESEJ LUCAH

Hebahkan !!!

“Stop sexualising me in weird ig acc. it’s uncomfortable and creepy pls someone send help,” kongsi pelakon Mia Sara Nasuha yang menggesa segelintir pengguna media sosial agar berhenti menghantar mesej lucah kepadanya menggunakan akaun palsu.
“Minta tolong berhenti hantar mesej berunsur seks menggunakan akaun Instagram yang pelik.

“Ia tidak selesa dan menyeramkan,” tulis Mia Sara, atau nama sebenar Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 16, di Twitternya.

Untuk info, Mia Sara mempunyai 2.5 juta pengikut di Instagram, Facebook dan juga Twitter. Tambah artis remaja itu, dia meminta warga maya memberi ruang privasi kepada dirinya dan keluarga.

“Kamu sudah melampau. Tolonglah, saya dan keluarga perlukan privasi juga,” mohonnya yang bertudung sejak berusia 11 tahun.

ZAHIRAH & AIMAN PULANG KE MALAYSIA APRIL INI

Leave a Reply