JARI NEELOFA SUDAH BERINAI – SEHINGGA KINI MASIH KUNCI MULUT

Hebahkan !!!

Khabar angin mengenai pernikahan selebriti terkenal Noor Neelofa dengan pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz yang dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat itu nampaknya semakin dikuatkan lagi apabila satu demi satu ‘petunjuk’ mula muncul.

Sebelum ini, Neelofa memuat naik tiga potongan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan. Selain itu, foto-foto kolaj di belakang doa tersebut turut memaparkan seorang wanita sedang melakukan fitting pakaian pengantin di sebuah butik.

Kali ini, inai pada jari bekas pengacara MeleTop itu pula menjadi topik sebutan netizen. Menerusi Instastory, Neelofa berkongsi video dia mempromosikan produk makanan tambahan jenamanya. Namun apa yang menarik perhatian ialah inai pada jari tangan kirinya kelihatan seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.

Ini kerana jika diperhatikan pada foto-foto terdahulu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, hanya mengenakan inai pada bahagian kuku sahaja.

Klik untuk gambar besar

“Kira betul la ya Neelofa nikah esok? Sebab dia pakai inai penuh? – “Neelofa pakai inai penuh kat jari, tak sabar nak tunggu hari bahagiannya. Terujanya,” tulis peminat di laman Twitter.

Walaupun timbul pelbagai dakwaan dan spekulasi, namun sehingga kini baik Neelofa atau Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26. masih mengunci mulut tentang perkara itu.

Pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Jumaat atau Sabtu ini dan bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakwaan sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.

Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.

 

Hotel St.Regis lokasi majlis Neelofa-Haris?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *