Sah …. Neelofa, PU Riz nikah

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, heboh diperkatakan dalam laman sembang akan mendirikan rumah tangga, hujung minggu ini.

Antara tarikh hangat diperdebatkan dalam laman sosial antara esok, lusa dan Sabtu ini. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada bukti kukuh berhubung tarikh yang didakwa.

Lebih mencuri perhatian sebuah entri video menerusi akaun Instagram @lofa.page memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik, semalam.

Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.

Menerusi tinjauan BH Online, tanda pagar #NLFH juga sudah mula aktif digunakan oleh peminat pasangan ini. Rata-rata mendoakan kebahagiaan Neelofa dan PU Riz yang bakal melangkah ke fasa baharu dalam hidup mereka.

Namun, usaha BH Online bagi mendapatkan kesahihan berita itu belum berjaya apabila masing-masing tidak memberikan jawapan.

Malah, sebuah majlis bersama Neelofa dan Nilofa sempena Ramadan yang dijadualkan pagi tadi juga ditunda pada saat akhir.

Terdahulu, kisah hubungan cinta antara Neelofa dan PU Riz mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga.

Bagaimanapun, awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin di jari manisnya, sekali gus membuktikan hubungan cinta masih berada dalam keadaan baik.

Contoh pelakon bertudung, Amyra ‘inspirasikan’ Mira Filzah!

Leave a Reply