RAMAI DOAKAN ZULIN NAIK PELAMIN GARA-GARA GAMBAR ALA PRA-PERKAHWINAN

Hebahkan !!!

“Semoga dikuatkan jodoh sehingga ke jenjang pelamin dan kekal ke syurga,” demikian tulis seorang pengikut pelakon Zulin Aziz di Instagram.

Malah pelakon Lufya Omar turut tidak ketinggalan meninggalkan komen mendoakan yang terbaik buat jodoh Zulin.

“Jodoh dah sampai. Pang kopang kopang kopang,” komennya berseloroh.

Semuanya gara-gara Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, berkongsi beberapa keping gambar memakai baju kurung bersama seorang jejaka dikenali sebagai Farhan Norzaini, yang menyarung baju-T kosong berwarna putih dan berkain pelekat.

Kapsyen pendeknya “doa yang baik-baik” berserta emoji berbentuk hati menarik perhatian ramai termasuk rakan selebriti. Mereka berdoa agar Zulin segera bertemu jodoh dengan lelaki tersebut.

Untuk makluman, tahun lalu, Zulin pernah menimbulkan tanda tanya ramai apabila berkongsi sekeping gambarnya yang menampakkan bahagian tangan seorang lelaki ketika sedang menikmati makan malam tanpa mendedahkan identiti lelaki berkenaan.

ZA%2B3.jpg

ZA%2B4.jpg

ZA%2B5.jpg

ISU RENTAS NEGERI – RISTEENA JELAS PUNYAI SURAT, PERGI ATAS URUSAN KERJA

Leave a Reply