BERBULAN MADU DI SABAH – NETIZEN PERSOAL ISA & RISTEENA RENTAS NEGERI

Hebahkan !!!

Semua sedia maklum mengenai pasangan pelakon Isa Khan dan Risteena Munim yang kini sudah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada 12 Mac lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Terkini, pasangan merpati dua sejoli ini dilihat sedang menikmati bulan madu dipercayai di Semporna, Sabah. Sekitar bulan madu tersebut telah dikongsikan oleh Isa dan Risteena di Instagram masing-masing.

Namun begitu, tindakan pasangan itu telah mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan bagaimana mereka boleh ke Sabah sedangkan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Malah, netizen turut menegur pasangan itu yang dilihat melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka. Dalam pada itu, rata-rata netizen meminta penjelasan daripada pasangan berkenaan berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini, kecoh mengenai instafamous memberi keterangan paslu berhubung alasan mendapatkan surat kebenaran merentas negeri.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

 

ISU RENTAS NEGERI – RISTEENA JELAS PUNYAI SURAT, PERGI ATAS URUSAN KERJA

Leave a Reply