SEPANJANG PROSES PEMULIHAN DADAH – ZAMANI BAKAL DEDAH DI ‘SHOWCASE LEJEN RIA’

Hebahkan !!!

Menerusi program terbaharu Astro berjudul, ‘Showcase Lejen Ria’, vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani bakal membuat pendedahan eksklusif sepanjang dirinya menjalani tempoh pemulihan dadah.

Pengalaman itu akan dikongsikan Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 50, menerusi minggu kedua program tersebut yang akan memulakan siarannya pada malam Ahad ini, jam pukul 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Selain Zamani, ‘Showcase Lejen Ria’ turut menampilkan empat lagi penyanyi terkenal tanah air iaitu kumpulan Wings, Ameng, Ella dan Anuar Zain untuk berkongsi pentas sama pada setiap minggu berbeza.

“Untuk episod pertama yang menampilkan kumpulan Wings, buat pertama kalinya para peminat bakal dihiburkan dengan persembahan reunion daripada Datuk Awie, Mel dan Muss.

“Antara barisan lagu hits yang bakal dipersembahkan termasuklah ‘Bernafas Dalam Lumpur, ‘Opera Hidup’, ‘Peronda Jaket Biru’, ‘Taman Rashidah Utama’ dan banyak lagi,” katanya.

AYAH MUAT NAIK FOTO KAHWIN – ELIZABETH TAN DAH BERGELAR ISTERI?

 

Leave a Reply