ELIZABETH TAN MENGAKU SUDAH BERKAHWIN

Hebahkan !!!

“Saya memang rancang nak umum kepada semua apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan hal perkahwinan kerana merasakan ini adalah isu kecil sahaja. Mengenai gambar dan video yang tersebar menyatakan saya sudah berkahwin adalah benar.

“Majlis semalam (Sabtu) adalah bersifat intimate (peribadi) dan kecil sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” demikianlah kata penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan yang akhirnya membuatkan pengakuan bahawa dia sudah berkahwin dengan ahli perniagaan bernama Siew Jim, 30, semalam selepas beberapa keping foto serta video majlis perkahwinannya tular dalam laman sosial.

Lebih menguatkan keyakinan khalayak, beberapa keping foto majlis perkahwinan selebriti itu dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Facebook bernama David Tan Suan Chew yang difahamkan bapa kepada Elizabeth Tan.

Memohon maaf apabila berita tersebut tular sebelum sempat mengeluarkan kenyataan rasmi sendiri, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 28, berpendapat perkahwinan merupakan satu perkara yang berbentuk peribadi.

“Sekali lagi, saya minta maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga lain, media dan rakan-rakan terdekat. Bagi saya, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa-apa pun. Saya masih orang yang sama. Saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan ini,” tambah pelantun lagu ‘Knock-Knock’ dan ‘Semua Sudah’ itu.

Difahamkan, Lizzy dikahwinkan bapanya sendiri pada majlis serba ringkas semalam dengan dihadiri seramai 10 orang ahli keluarga terdekat yang diadakan di sebuah gereja di Gombak.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

UMNO Perlis tak jadi terbang solo – Shahidan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *